YAMAHA FZ150 V-TWIN – INILAH DATUK KEPADA YAMAHA FZ150

SHARE

Siapa yang tak kenal dengan Yamaha FZ150 kan? Dikenali dengan nama FZ150i, ia merupakan motosikal kelas 150 cc yang dihasilkan Yamaha khusus untuk pasaran Asia Tenggara dan India. Ia dilancarkan buat pertama kali pada tahun 2008 di Malaysia dan di Indonesia ia dikenali dengan nama Yamaha V-Ixion.

Ia kemudian dinaiktaraf pada tahun 2014 dengan beberapa penambahan seperti sensor oksigen pada bahagian bahagian komponen ekzos. Brek belakang juga dinaiktaraf dengan penggunaan brek cakera Nissin untuk kuasa henti yang lebih baik.

Rupa-rupanya lama sebelum Yamaha FZ150 yang kita kenali sekarang wujud, Yamaha sudahpun mempunyai model yang dinamakan Yamaha FZ150 BREEZE (tiada kena mengena dengan jenama sabun basuh baju) dengan enjin v-twin. Benar tuan-tuan memang v-twin bukannya kami silap taip. Ia bagaimanapun hanya dipasarkan di Jepun dan pasaran negara tertentu sahaja. Antaranya ialah Australia dan Eropah.

Datuk kepada FZ150 sekarang ini dikeluarkan buat pertama kalinya pada tahun 1992 menggunakan karburator Mikuni BSD bersaiz 26mm. Enjin v-twin dengan dua selinder ini mampu menghasilkan 17.4 hp kuasa maksima pada putaran enjin 11,000 rpm.

Berbeza dengan Yamaha RX-Z yang juga cukup popular pada zaman itu, FZ150 ini menggunakan kerangka aluminium berbentuk berlian yang lebih canggih dan memberikan tunggangan yang mantap.

BACA: LAGI YAMAHA R15 V3 DITEMUI SEDANG DIUJI, PETANDA PELANCARANNYA SEMAKIN HAMPIR

Disebabkan ia sebuah motosikal dari masa lalu, kemasannya juga dikira cukup up-to-date pada zamannya. Hampir kesemua lampu, lampu isyarat dan speedometer berbentuk bulat. Malah speedometernya juga merupakan versi manual tanpa sentuhan digital (mana ada digital-digital zaman ni). Bukan itu sahaja, malah brek belakangnya juga masih menggunakan brek gelendong dan bukannya cakera. Ini zaman Azura beb, semua meti retro.

Inilah luasnya dunia motosikal, model yang kita sangka baru rupanya sudah muncul lebih awal cuma sedikit berbeza. Apapun datuk kepada FZ150 yang kita kenali sekarang ini memang kelihatan agak retro tetapi dengan sentuhan moden.

Spesifikasi Yamaha FZ150 V-Twin

Model                         : Yamaha FZ 150 N

Tahun diperbuat         : 1991

Kategori                      : Naked

Sesaran                       : 149 cc

Jenis enjin                   : V-Twin empat lejang

Kuasa maksima          : 17.4 hp @11000 RPM

Kelajuan maksima      : 130 km/j

RPM maksima            : 12000

Sistem sejukan           : Udara

GALERI:

Sumber foto Bikez.com

(Visited 3,602 times, 42 visits today)

Share this post

scroll to top