Motosikal

YAMAHA FZ150i BIRU MOVISTAR & KUNING “60th ANNIVERSARY”

 

Apa yang menarik tentang motosikal Yamaha di Malaysia ialah ia mendapat sambutan luar biasa bagi versi livery khusus. Anehnya, itu tak berlaku pada jenama motosikal lain. Lihat sahaja Honda, versi Repsol-oren sebenarnya nampak lebih menyerlah berbanding Movistar-biru, namun kegilaan peminat Yamaha di Malaysia memang cukup aneh.

Hong Leong Yamaha Malaysia (HLYM), pemegang hak jenama motosikal Yamaha juga jarang sekali melakukan promosi khusus terhadap model livery edisi khas. Malah kalau dilihat di laman web mereka, tidak banyak kemaskini terhadap model edisi khas. Atau boleh dikatakan tak ada langsung. Mereka buat teknik pemasaran senyap barangkali.

Fz150i movistar 2016 (5)

Jika anda masih ingat, kami merupakan portal pertama yang menyiarkan berita secara rasmi Y15ZR versi Movistar 2016. Hanya selepas berita itu disiarkan barulah kami menerima foto rasmi dari HLYM. Mungkin mereka tak perlukan promosi macam Perodua, tak ada iklan pun kereta tetap laku keras.

Ketika melayari internet hari ini saya terhenti di laman web simmotor. kelihatan 2 model livery yang tak pernah dilihat. Versi istimewa untuk model FZ150i. Model naked 1 selinder kembar Y15ZR ini nampaknya menerima skema warna baru Movistar untuk model 2016.

Fz150i movistar 2016 (3)

Ia dikatakan sebagai edisi terhad sempena kedatangan MotoGP Sepang yang akan berlangsung pada 28 hingga 30 Oktober nanti. Kami menghubungi pengedar ini dan dimaklumkan bahawa unit ini dijual dalam jumlah yang banyak. Stoknya terhad.

Tapi nanti dulu, ada lagi yang lebih istimewa. Yamaha FZ150i versi kuning sempena sambutan ulangtahun ke 60 Yamaha Motor. Sebenarnya, Yamaha jarang sekali menggunakan livery kuning ini.

FZ 150i - 60th Anniversary05

Dalam rangkaian mereka cuma ada Yamaha Bolt XSR900 dengan garis kuning hitam yang sebenarnya lebih berjiwa Amerika. Livery kuning hitam ini sangat sinonim dengan imej perlumbaan pelumba lagenda Yamaha, Kenny Roberts.

Tapi nanti dulu. Bagi mendapatkan kepastian, kami mengubungi HLYM untuk memastikan ianya adalah model keluaran khas kilang seperti yang didakwa.

Malangnya, ia bukan edisi khas yang dikeluarkan oleh HLYM. berkemungkinan besar ia menggunakan set custom yang dipasang oleh pihak ketiga. Bagaimanapun, jika meneliti hasil kerjanya memang sangat kemas, nampak seperti dari barisan produksi.

Jika anda yang inginkan motor lain dari skema tiga warna standard iaitu biru-silver, merah-hitam dan putih-hitam, mungkin skema custom 60th anniversary kuning atau Movistar biru ini boleh jadi pilihan. Ia tetap cantik dan nampak berbeza berbanding motosikal keluaran biasa. Apa yang penting ialah periksa harga sebelum membeli.

FZ 150i - 60th Anniversary02

Seperti yang pernah kami sebut sebelum waktu periksa harga 125ZR sebelum ini ini, harga motosikal di Malaysia ni memang boleh buat kita mencarut, setiap kedai tak pernah sama. Walhal, mereka pengedar rasmi jenama tersebut.

Mungkin tak ada yang pernah buat laporan pada pihak berkuasa ataupun memang KPDNKK sedang tidur lena atau terlalu sibuk memeriksa harga ayam.

Sumber foto

Simmotor.com

 

Fz150i movistar 2016 (6)Fz150i movistar 2016 (5)Fz150i movistar 2016 (4)Fz150i movistar 2016 (3)Fz150i movistar 2016 (2)Fz150i movistar 2016 (1)

FZ150i anniversaryFZ 150i - 60th Anniversary06FZ 150i - 60th Anniversary05FZ 150i - 60th Anniversary04FZ 150i - 60th Anniversary03FZ 150i - 60th Anniversary02

 

Google ads
Back to top button