YAMAHA FZ25 TERIMA ANUGERAH KECEMERLANGAN REKA BENTUK CII INDIA

SHARE

Yamaha Motor Co., Ltd. hari ini mengumumkan bahawa motosikal naked FZ25 memenangi Anugerah Kecemerlangan Reka Bentuk CII India bagi kategori “Reka Bentuk Mobiliti” dan Komersial Dua Roda”.

Anugerah yang sudah memasuki edisi ke-7 tersebut dianjurkan oleh Kesatuan Industri India sejak tahun 2011. Ia mengiktiraf produk terbaik yang dihasilkan atau dijual di pasaran India.

FZ25 dikilang dan dijual oleh syarikat India Yamaha Motor Private Limited. Model street itu menggunakan enjin 250cc BLUE CORE baharu yang berkuasa dan menjimatkan minyak.

Mula dilancarkan pada tahun 2008, siri FZ dikategorikan sebagai motosikal berharga tinggi. Namun, ia tetap mendapat sambutan menggalakkan daripada pengguna muda dan Berjaya dijual sebanyak 1.5 juta unit sehingga sekarang.   

Walaupun terpaksa bersaing dengan banyak model lain, FZ25 diliht terus dapat menarik perhatian penngguna.

(Visited 638 times, 5 visits today)

Share this post

scroll to top