YAMAHA INDONESIA UMUM HARGA AEROX 155 (YAMAHA NVX 155) – BERMULA RM7,330 SEUNIT

SHARE

Yamaha Motor Indonesia hari ini mengumumkan bahawa tempahan secara dalam talian untuk model Aerox 155VVA atau dikenali sebagai Yamaha NVX 155 di Malaysia telah dibuka sehingga 11 Januari 2017 dengan jumlah terhad.

Ia ditawarkan dalam tiga varian iaitu Aerox 155VVA, Aerox 155VVA S Version dan Aerox 155VVA R Version. Ketiga-tiga varian itu dibezakan menerusi aplikasi brek ABS pada S Version dan suspensi belakang jenis sub tank untuk R Version.

aerox-155-mekanika-2

Harga bagi varian asas Aerox 155VVA yang tidak dilengkapi brek ABS ialah Rp21,850, 000 (RM7,330). Bagaimanapun, harga S Version dan R Version belum dinyatakan lagi.

BACA: YAMAHA NVX 155 DILANCARKAN DI MOTOGP SEPANG – KEMBAR NMAX YG SPORTY

Aerox 155VVA diperkenalkan kepada pengguna di republik itu pada acara Indonesia Motorcycle Show (IMOS) 2016. Sejak itu, ia menjadi model yang begitu ditunggu-tunggu oleh pengguna motosikal di sana.

Skuter dengan reka bentuk garang itu dilengkapi teknologi Variable Valve Actuation (VVA) dan Blue Core. Ia menawarkan penjimatan bahan api, operasi enjin yang lancar dan senyap. Malah, ia juga lebih ringan berbanding kembarnya, Yamaha NMAX.

aerox-155-mekanika-3

Aerox 155VVA hadir dalam tiga warna iaitu hitam, kuning dan  merah. Menggunakan lampu hadapan LED, skuter itu dilengkapi speedometer digital sepenuhnya dengan Multi Information Display (MID) bersasiz 5.8 inci. Ia memaparkan pelbagai maklumat seperti indicator VVA, bateri, Odometer, trip meter, purata penggunaan bahan api, jam digital dan meter rpm.

Sedia maklum bahawa Aerox atau NVX 155 menggunakan enjin yang sama dengan skuter NMAX. Ia dijana oleh enjin empat lejang SOHC dengan sistem penyejukan cecair. Enjin silinder tunggal itu mampu majana kuasa  14.8hp dan tork 13.8Nm @ 6,250rpm. Kuasa enjin itu kemudian disalurkan ke roda belakang menerusi transmisi V-belt automatik.

Selepas ini, Yamaha Motor Indonesia akan membuka pula tempahan secara dalam talian untuk R-Version (10 Januari) dan S-Version pada 11 Januari 2017.

nvx-04

Untuk makluman, Yamaha NVX 155 membuat penampilan pertama di Malaysia pada acara MotoGP di Sepang, Oktober tahun lalu.

Dengan pengumuman harga ini, kita mungkin boleh mengagak berapa harga yang akan ditawarkan oleh Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) untuk Yamaha NVX 155.

Harap-harap tidaklah meninggal harganya.

(Visited 294 times, 187 visits today)

Share this post

scroll to top