YAMAHA JALIN KERJASAMA DENGAN HERO CYCLES & MITSUI CO. – MAHU HASILKAN BASIKAL ELEKTRIK DI INDIA

SHARE

Yamaha Motor Co., Ltd. telah mengambil keputusan untuk menjalin kerjasama dengan pengeluar basikal utama di India, Hero Cycles dan Mitsui & Co. untuk menghasilkan basikal elektrik di India.

Berdasarkan kepada kaji selidik pengguna dan garis panduan di India, kolaborasi ini akan menilai kemungkinan perniagaan untuk basikal yang dibantu oleh kuasa elektrik di sana.

Mitsubishi YE-Triton-Mrec-Desktop

Yamaha Motor akan membekalkan unit pacuan (E-kits), sumber kuasa yang direka untuk basikal. Manakala Hero Cycles membangunkan basikal tersebut dan dijual menggunakan jenamanya.

Penjualan ujian basikal menggunakan saluran jualan Hero Cycles akan bermula tahun 2019 di beberapa buah bandaraya seperti New Delhi.

Pasaran basikal di India mencecah 15 juta unit setahun. Pendapatan 1.3 bilion penduduk di sana juga dilihat semakin meningkat.

Permintaan terhadap motosikal kian meningkat dengan 20 juta unit setahun. Angka itu sekali gus menjadikan India sebagai pasaran motosikal terbesar di dunia.

Perniagaan basikal yang dibantu oleh kuasa elektrik Yamaha bermula dengan model PAS pada tahun 1993. Yamaha kini turut fokus untuk menjual E-kits kepada pengeluar basikal di Eropah.

 

Share this post

scroll to top