YAMAHA JUAL NIKEN MULAI SEPTEMBER 2019 DI AMERIKA – HARGA RM64,800 SEUNIT

SHARE

Pengguna di Amerika Syarikat dilapor berpeluang menunggang motosikal tiga roda yang unik keluaran Yamaha, Niken bermula September 2019.

Ini berikutan pengumuman oleh Yamaha yang akan menjual jentera tersebut pada harga AAS$15,999 (RM64,800) seunit. Ia ditawarkan menerusi sistem tempahan dalam talian Yamaha.

Hanya ditawarkan dalam warna kelabu sahaja, bilangan yang ada juga adalah terhad.  Untuk membuat tempahan, pelanggan perlu melayari satu pautan khas dan ikut segala arahan yang dinyatakan.

Pembeli perlu membayar deposit sebanyak AS$500 (RM2,025) untuk mengesahkan pembelian dan motosikal itu hadir bersama jaminan selama setahun.

Niken ialah sebuah motosikal tiga roda Leaning Multi-Wheel (LMW). Ia menggunakan sistem yang membolehkan dua tayar hadapan  bersaiz 15 inci itu ‘baring’ dengan stabil ketika membelok. Sekali gus menawarkan cengkaman lebih baik, terutama di atas pemukaan jalan yang tidak rata.

Jentera yang mendapat perhatian ramai itu menggunakan khidmat enjin tiga silinder yang dipadankan bersama kotak gearr enam kelajuan dengan klac slipper basah.

BACA: YAMAHA BELI PATEN JENTERA TIGA RODA BRUDELI LEANSTER DARI NORWAY

Niken turut dilengkapi pelbagai sistem bantuan penunggang seperti pendikit ride-by-wire, pemetaan pendikit boleh ubah, kawalan cengkaman, brek anti kunci (ABS) dan kawalan jelajah yang menjadi ciri standard.   

GALERI

Share this post

scroll to top