YAMAHA MIO Z RASMI DIPERKENALKAN DI INDONESIA

SHARE

Memulakan tahun baru menerusi pelancaran Yamaha Aerox 125LC, kini PT Yamaha Indonesia Motor Manufacturing (YIMM) memperkenalkan pula skuter Yamaha Mio Z.

yamaha-mio-z-mekanika (1)

Difahamkan model berkenaan adalah perkembangan lebih lanjut daripada generasi Mio. Pengenalan model itu melengkapkan barisan skuter Yamaha di pasaran Indonesia seperti Mio M3, NMAX,  Soul GT, Fino 125 Blue Core dan Yamaha Aerox.

Yamaha Mio Z dilengkapi enjin 125cc SOHC dengan teknologi Blue Core. Ia mampu menghasilkan kuasa 7.0kW @ 8,000rpm dan tork maksimum 9.6Nm @ 5,500rpm. Penghantaran kuasa ke roda diserahkan kepada transmisi V-Belt Automatik.

Di samping itu, spesifikasi Yamaha Mio Z mempertaruhkan  sistem TCI dan dengan sistem pembakaran pancitan bahan api supaya lebih jimat petrol.

yamaha-mio-z-mekanika (2)

Yamaha Mio Z  dikatakan kembar Yamaha Mio M3. Perbezaan hanyalah pada rekaan ruang bagasi dan saiz tayar. Rekaan badannya ramping dan bergaya dengan beberapa lekukan.

Yamaha Mio Z menampilkan lampu hadapan dengan rekaan M-Shape. Rekaan grafik minimum memberi kesan elegan. Bahagian pelana dan hendal  menggunakan M Style yang memperlihatkan aura futuristik dan moden. Sementara belakangnya lebih bergaya dengan penggunaan lampu Smokey.

yamaha-mio-z-mekanika (2)

Dimensi Mio Z ialah 1, 870mm panjang,  685mm (lebar) dan 1,035mm (tinggi) serta berat  94kg. Ketinggian pelana 750 mm menawarkan  postur yang tidak terlalu tinggi.

Kapasiti tangki bahan bakar ialah 4.2 liter. Keselesaan tunggangan disokong oleh suspensi teleskopik pada bahagian depan dan suspensi Unit Swing pada belakangnya. Ia lebih stabil dengan tayar berukuran  80/80-14M/C (43P) di hadapan dan 100/70-14M/C (51P) di belakang.

Keyakinan membrek diserahkan kepada brek cakera tunggal di hadapan dan brek dram di belakang.

yamaha-mio-z-mekanika (3)

Untuk ketenangan minda pemilik, Mio Z ditawarkan dengan smart lock system, multi function key dan smart side stand switch serta Eco Indikator.

Share this post

scroll to top