Motosikal

YAMAHA MOTOR JALIN KERJASAMA DENGAN GRAB – LABUR RM627 JUTA, FOKUS PASARAN INDONESIA

Yamaha Motor Co., Ltd. (Yamaha Motor) and Grab Holding Inc. (Grab) baru-baru ini mengumumkan bahara mereka bersetuju untuk membentuk kerjasama strategik untuk berkolaborasi dalam perkhidmatan ride-hailing motosikal di rantau Asia Tenggara dengan fokus kepada pasaran Indonesia.

Sebagai sebahagian daripada perjanjian tersebut, Yamaha Motor akan melabur sebanyak AS$150 juta (RM627 juta) ke dalam Grab.

Melalui kerjasama ini, Yamaha Motor dan Grab mahu membangunkan perkhidmatan mobility generasi seterusnya dengan menawarkan penyelesaian dan inovasi menerusi:

  • Memanfaatkan teknologi dan kepakaran dalam aspek keselamatan motosikal untuk tunggangan lebih keyakinan, memenuhi keperluan dan meningkatkan kepuasan pelanggan.
  • Memudahkan urusan pembelian motosikal untuk mereka yang sudah atau merancang melibatkan diri dalam perkhidmatan ini.

Sebagai sebahagian daripada visi jangka masa panjang 2030 yang diumumkan Yamaha pada Disember lalu, kerjasama itu turut memanfaatkan teknologi robotik, menangani isu-isu sosial melalui inisiatif unik Yamaha.

Grab merupakan platform mudah alih paling banyak digunakan di rantau ini. Sehingga kini, aplikasi Grab telah dimuat turun lebih 125 juta yang memberi akses kepada lebih 8 juta pemandu, peniaga dan agen.

Grab juga memiliki jumlah pengangkutan darat paling besar di Asia Tenggara dan telah menyempurnakan 2.5 bilion perjalanan sejak diperkenalkan pada tahun 2012.

Ia menawarkan rangkaian perkhidmatan pengangkutan yang luas. Ini termasuklah penghantaran makanan pakej di 235 buah bandar di lapan negara.

Google ads
Back to top button