YAMAHA MT-07 CBU – RM42,000

SHARE

Sempena acara perlumbaan MotoGP, Hong Leong Yamaha Motor Sdn. Bhd. (HLYM) melancarkan model naked yang sudah lama ditunggu-tunggu, Yamaha MT-07 di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) pada hujung minggu lalu. 

SONY DSC

Jentera tersebut diperkenalkan kepada sekumpulan media oleh dua orang pelumba Yamaha Moto GP, Valentino Rossi dan Jorge Lorenzo. Yamaha MT-07 merupakan model kedua dalam siri jentera MT selepas Yamaha MT-09 ditawarkan kepada pengguna tempatan pada Jun lalu.

Yamaha MT-07 dilihat akan melengkapkan lagi tawaran rangkaian motosikal berkuasa tinggi HLYM yang sebelum ini diwakili oleh model Yamaha XJ6. Jentera itu direka untuk memberikan keseronokan dan mampu milik kepada para pengguna. Sifatnya yang cukup versatil diserlahkan menerusi kuasa tork, chasis yang lincah dan menjimatkan bahan api.

Yamaha-MT-07-RM42,000-mekanika (15)

“Pasaran motosikal berkuasa tinggi (250cc ke atas) untuk lapan bulan pertama 2014 menurun sebanyak satu peratus kepada 9,255 unit berbanding tempoh sama tahun lalu dengan 9,326 unit.

“Kami melihat situasi ini sebagai satu ubah suai pasaran yang bersifat jangka pendek berikutan pertumbuhan permintaan terhadap motosikal berkuasa tinggi melonjak kepada 53 dan 50 peratus pada tahun 2012 dan 2013. Syarat ketat yang dikenakan oleh pihak bank mulai awal tahun ini juga menyumbang kepada kemerosotan jualan ini,” kata Pengarah Urusan HLYM, C.H. Ng.

SONY DSC

Ng bagaimanapun optimis bahawa pertumbuhan pasaran motosikal berkuasa tinggi untuk jangka masa panjang adalah positif.

Jentera yang diimport sepenuhnya (CBU) dari Jepun itu dijana oleh unit enjin empat lejang, dua silinder sebaris  dengan sistem pancitan bahan api dan penyejukan cecair. Enjin bersesaran 689cc itu berupaya menghasilkan kuasa mencecah 74.8PS @ 9,000rpm dan tork maksimum 68Nm @ 6,500rpm.

SONY DSC

Untuk peringkat awal, HLYM hanya membawa masuk sekitar 100 unit model CBU, sebelum ia akan menjalani proses pemasangan tempatan (CKD) pada pertengahan tahun depan. Harus tahu bahawa selain Jepun, Malaysia ialah negara pertama di rantau Asia Pasifik yang akan memasang model ini di dalam negara.

“Untuk Yamaha MT-07 CKD, kami mensasarkan jualan sebanyak 100 unit sebulan atau 1,200 unit setahun. Namun, harga model CKD masih belum dimuktamadkan,” tambah Ng.

SONY DSC

Dalam perkembangan berkaitan, HLYM mengesahkan bahawa program CKD untuk model Yamaha MT-09 akan dimulakan pada awal tahun depan. Nampaknya, 2015 adalah tahun yang sibuk buat HLYM.

Yamaha MT-07 yang tidak dilengkapi sistem brek ABS itu boleh anda miliki pada harga RM42,000 (tidak termasuk cukai jalan, insurans dan nombor plat). Ia boleh didapati di pengedar sah Yamaha yang terpilih di seluruh negara mulai hujung November depan.

Yamaha-MT-07-RM42,000-mekanika (18)

Didatangkan dalam warna merah dan biru, Yamaha MT-07 sememangnya mengujakan!

GALERI

SONY DSCSONY DSCSONY DSCSONY DSCSONY DSCSONY DSCYamaha-MT-07-RM42,000-mekanika (16)Yamaha-MT-07-RM42,000-mekanika (17)

Share this post

scroll to top