Motosikal

YAMAHA MT-09 CKD – RM45,000

Hong Leong Yamaha Motor Sdn. Bhd. (HLYM) baru sahaja memperkenalkan model Yamaha MT-09 pemasangan tempatan (CKD).

Yamaha-MT-09-CKD-mekanika (2)

MT-09 ialah model kedua yang menjalani program CKD selepas siri XJ iaitu XJ6, XJ6 Diversion dan XJ6 Diversion F. Jentera CKD ini akan menjadi model flagship untuk HLYM bersaing dalam pasaran motosikal berkuasa tinggi.

MT-09 dijana oleh unit enjin empat lejang tiga silinder dengan sistem penyejukan cecair bersesaran 850cc.

Yamaha-MT-09-CKD-mekanika (1)

Dengan pemasangan tempatan ini, HLYM kini boleh menawarkan MT-09 pada harga yang lebih mampu milik iaitu RM45,000 (tidak termasuk cukai jalan, insurans dan nombor plat). Model yang diimport sepenuhnya (CBU) sebelum ini ditawarkan pada harga RM56,000 seunit.

Yamaha-MT-09-CKD-mekanika (4)

Didatangkan dalam pilihan warna ungu dan oren, MT-09 boleh didapati di pengedar Yamaha yang terpilih di seluruh negara mulai pertengahan bulan ini.

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button