Motosikal

YAMAHA MWT-9: VERSI TIGA RODA MT-09

Yamaha dijangka menghangatkan pentas Tokyo Motor 2017 apabila dijadual memperkenalkan secara rasmi jentera tiga roda mereka, Yamaha MWT-9.

Pengenalan itu bagai disahkan menerusi satu perkongsian video pendek oleh pihak Yamaha Motor Europe. “Tandakan kalendar anda pada 25 Oktober ini, jam 5.50am CET dan bersedia untuk #RideTheRevolution.” Itulah penerangan video tersebut.

Video berdurasi 30 saat itu menunjukkan seorang Ninja beraksi dengan dua bilah pedang, sebelum dia memakai topi keledar dan menunggang jentera yang luar biasa. I Tagline ‘Ride the Revolution’ juga menjelaskan bahawa apa yang bakal dipersembahkan itu benar-benar berbeza dan bukannya motosikal biasa.

MWT-9 membuat kemunculan pertama pada acara Tokyo Motor Show 2015 dengan nama LMW-MWT-9. Ia dijana oleh enjin tiga silinder berkuasa 115hp yang sama pada model naked MT-09.

MWT-9 juga didakwa menggunakan teknologi sama seperti skuter tiga roda Yamaha Tricity.

Tahun lalu, Ketua Pegawai Eksekutif Yamaha Motors, Hiroyuki Yanagi dalam satu kenyataan rami menyatakan, “Kami mahi mengembangkan teknologi dan meningkatkan pelanggan. Jentera tiga roda menawarkan keseronokan dan keselamatan tambahan dan MWT ialah motosikal pertama yang dibangunkan dalam kategori ‘fun’.”

Secara asasnya, MWT-9 bukanlah motosikal tiga roda pertama pernah dihasilkan. Tetapi, ia disasarkan kepada penunggang motosikal biasa dan bukannya pengguna skuter. 

Google ads
Back to top button