Motosikal

YAMAHA PANGGIL SEMULA R25

Dalam kepesatan teknologi maklumat hari ini, semuanya bergerak pantas. Apa yang berlaku di benua 10,000km jauhnya sampai ke sini dalam tempoh beberapa saat sahaja. Maklumat boleh diakses dengan mudah.

Yamaha-R25-test-ride-mekanika (18)

Baru-baru ini, Yamaha Motor Jepun telah mengumumkan langkah memanggil  semula 15,072 unit Yamaha R25, R3, MT25 dan MT3. Ia berikutan masalah yang dihadapi dari unit enjin utama yang melibatkan penggerak utama pam pelincir serta bebola galas pada unit klac.

Di Jepun, produksi yang terlibat ialah unit yang keluar dari kilang bermula 6 Oktober 2014 hingga 23 May 2016. Yamaha Motor Jepun telah mengenal pasti masalah reka bentuk pada pam tekanan pelincir yang menyebabkan injap pelaras pincang tugas ketika enjin berputar pada rpm tinggi.

Yamaha-recall-R25-R3-MT25-MT3-Japan-mekanika

Ia menyebabkan gerigi tekanan hidraulik menerima tekanan berlebihan. Dalam keadaan yang paling buruk, ia boleh menyebabkan enjin menjadi sangat panas.

Pada bahagian transmisi pula, kekuatan bebola galas pada plet tekanan klac tidak cukup lasak dan akan menyebabkan bebola cepat rosak.

Yamaha-R25-test-ride-mekanika (3)

Hong Leong Yamaha Malaysia (HLYM) dalam satu kenyataan rasmi semalam membuat pengumuman tentang perkara ini. Namun kami memerlukan masa untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Berdasarkan kepada pengalaman kami, proses panggilan semula bukanlah perkara yang boleh dibuat tergesa-gesa. Ini kerana pengeluar perlu menyemak produksi dan inventori yang bukan kecil jumlahnya.

Yamaha-R25-test-ride-mekanika (20)

HLYM sedang berkerja keras dengan prinsipalnya di Jepun untuk memastikan keselamatan pelanggan dan produk mereka di pasaran.

Mereka yang terjejas disaran mendapatkan maklumat terkini yang akan dimaklumkan dari masa ke semasa di laman web http://www.yamaha-motor.com.my. Kempen pemberitahuan juga akan dimaklumkan oleh pengedar Yamaha yang sah.

Google ads
Back to top button