Motosikal

YAMAHA PERKENAL WARNA BIRU & HITAM BAHARU UNTUK R25 2018 – HARGA KEKAL RM20,630

Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) hari ini memperkenalkan warna serta grafik baharu untuk street popularnya, R25.

Jentera berkuasa 250cc itu kini hadir dengan warna biru dan hitam yang lebih menarik. Pada Mac tahun lalu, HLYM pernah menukar warna R25 kepada warna biru dan hitam matte.   

Biarpun dengan penambahbaikan itu, harga R25 bagaimana tidak berubah iaitu RM20,630 selepas GST (tidak termasuk insurans, cukai jalan dan nombor plat) seunit.  

R25 menggunakan khidmat unit enjin parallel-twin dengan sistem penyejukan cecair dan empat injap pada setiap silinder.

Enjin bersesaran 249cc itu mampu menghasilkan kuasa sehingga 35.5hp pada 12,000rpm dan tork puncak 22.6Nm pada 10,000rpm. Kuasa itu kemudian disalurkan ke roda belakang menerusi kotak gear enam kelajuan.

Bersaiang dengan model-model suku liter seperti Kawasaki Ninja 250 dan KTM RC250, R25 sememangnya menjadi antara pilihan utama penunggang di Malaysia.

GALERI

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button