Motosikal

YAMAHA RZ350 KENNY ROBERTS EDITION TAHUN 1984 – RESTORASI MENARIK MARBLES MOTORS

Garis panduan berkaitan emisi yang semakin ketat terutama di Amerika Syarikat (AS) dan Eropah menyebabkan banyak sekali kereta serta motosikal ikonik terpaksa dikorbankan.

Antaranya contohnya ialah Yamaha RZ350 yang menjadi model streetbike dua lejang dijual secara sah di AS.

Dikuasakan oleh enjin parallel-twin bersesaran 347cc dan dipadankan dengan kotak gear enam kelajuan, ia menjadi satu-satu model seumpamanya yang dilengkapi pengubah bermangkin (catalytic converter) di dalam setiap peredam bagi membolehkannya melepasi ujian EPA.

Senang cakap, Yamaha RZ350 memang mendahului zamannya. Sama seperti sebuah sportbike moden, RZ memiliki kerangka jenis perimeter dan sistem elektronik yang canggih (dahulu).

Satu lagi perkara yang tidak boleh dinafikan ialah RZ350 masih sebuah jentera yang cantik dan ia dibina sebagai tribute untuk pelumba Yamaha, Kenny Roberts. Roberts merupakan juara dua kali AMA Grand National Champion, serta juara tiga kali Daytona 200 dan 500cc Grand Prix.

Motosikal Roberts menjadi jentera pertama yang menggunakan skim warna kuning hitam hasil karya artis Rollin “Molly” Sanders, dikenali secara rasmi oleh Yamaha sebagai Speed Block.

Anda juga boleh melihat livery ini pada model-model moden selepas itu. Walaupun warnanya mungkin berbeza, namun tradisinya tetap sama. Seperti yang anda boleh lihat, motosikal ini mempunyai pelekat dengan tandangan Roberts pada setiap sisi fairing.

Jentera ini sebenarnya telah direstorasi oleh pihak Marbles Motors. Ia melibatkan proses membuka semua komponen, membina semula enjin, menukar sistem elektronik, sistem brek, ekzos OEM dan macam-macam lagi.

Dengar cerita, motosikal ini mahu dilelong oleh Marbles Motors. Korang rasa berapa boleh jual ni?

Google ads
Back to top button