Motosikal

YAMAHA SAHKAN PRODUKSI MT-03

Awal bulan lalu, Yamaha Jepun mengesahkan bahawa pihaknya akan mengeluarkan model MT-03.

Yamaha-MT-03-mekanika (2)

MT-03 merupakan versi naked untuk model YZF-R3. Pada Jun lalu, MT-25 telah dilancarkan di pasaran Indonesia.

Yamaha menyifatkan jentera ini sebagai roadster-motard. MT-03 dikatakan bakal berkongsi kebanyakan spesifikasi Yamaha YZF-R3 dan akan menggunakan enjin parallel-twin 320cc

Yamaha-MT-03-mekanika (5)

Antara perubahan ketara ialah lampu berkembar pada R3 akan ditukar kepada sebuah lampu utama untuk MT-03.

Model naked itu hanya 4kg lebih ringan berbanding R3. Selain dipasang dengan bar hendal lebih lebar dan posisi kedudukan yang menegak.

Yamaha-MT-03-mekanika (3)

Untuk pasaran Jepun, MT-03 akan didatang dalam warna perak matt, hitam dan merah metalik. Ia bakal dipertontonkan kepada umum semasa acara Eicma Milan November depan.

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button