YAMAHA UMUM TAYANGAN GLOBAL EPILOG ANIME MASTER OF TORQUE

SHARE

Orang Jepun dengan anime memang tidak boleh dipisahkan. Malah, anime telah menjadi salah satu industri penting di negara matahari terbit itu.

Jadi, kolaborasi di antara penggiat anime dengan pengeluar kenderaan, tidak kiralah sama ada kereta atau motosikal dilihat cukup meluas.

yamaha-anime-master-of-torque-mekanika-2

Salah satu jenama yang berbuat demikian ialah Yamaha Motor Co., Ltd. Baru-baru ini, Yamaha mengumumkan bahawa epilog anime “Master of Torque” telah memulakan tayangannya di peringkat global.

BACA: ROSSI LANCAR YAMAHA MT-15

BACA: YAMAHA MT-09 – TASMANIAN DEVIL

Master of Torque ialah satu siri anime pendek yang bermula pada musim bunga 2014 dan berakhir pada April 2016.

yamaha-anime-master-of-torque-mekanika-3

Sama seperti episod terdahulu, epilog tersebut disiarkan di internet menerusi satu laman web khas serta saluran YouTube rasmi Yamaha Motor. Anime itu dipersembahkan dalam versi asal berbahasa Jepun.

Bagi menjangkau audien yang lebih ramai, ia turut boleh ditonton dengan sari kata lima bahasa iaitu Inggeris, Perancis, Jerman, Itali dan Sepanyol.

yamaha-anime-master-of-torque-mekanika-4

Master of Torque mengetengahkan satu kisah fiksyen. Pada masa yang sama menggambarkan karekteristik unik rangkaian motosikal Yamaha MT Series, termasuklah keseronokan ketika menunggangnya.

Musim 1 dan 2 mengambil latar belakang bandar raya Tokyo yang menjadi sumber kepada budaya moden masyarakat Jepun. Musim 3 pula beralih ke kaki Gunung Fuji, sekali gus mengakhiri kisah tiga orang penunggang motosikal. Epilog baru itu pula menunjukkan apa yang berlaku selepas episod yang terakhir.

yamaha-anime-master-of-torque-mekanika-7

Menerusi anime yang menjadi media popular dalam kalangan generasi muda, Yamaha Motor berharap hiburan itu dapat membantu dalam menyerlahkan hubungan di antara manusia dengan keterujaan gaya hidup bermotosikal.

(Visited 17 times, 11 visits today)

Share this post

scroll to top