YAMAHA VIETNAM LANCAR SKUTER PREMIUM NOZZA GRANDE – ENJIN BLUE CORE, METER TFT, BERMULA RM8,132 SEUNIT

SHARE

Dengan jualan mencecah 3.3 juta jualan setahun, pasaran motosikal di Vietnam sememangnya sangat besar.

Pasaran itu juga menyaksikan nisbah jualan skuter semakin naik dengan jangkaan sebanyak 50 peratus tidak lama lagi.

Mitsubishi YE-Triton-Mrec-Mobile

Antara skuter yang popular ialah Yamaha Nozza Grande. Diperkenalkan pada tahun 2014, ia menjadi skuter pertama dilengkapi enjin BLUE CORE dan pantas diminati oleh golongan hawa.

Menyedari populariti tersebut, Yamaha Motor Co., Ltd. baru-baru ini memperkenalkan skuter premium Nozza Grande baharu untuk pasaran Vietnam.

Skuter tersebut didatangkan dalam dua varian iaitu Standard dan Premium. Harga yang ditawarkan ialah VND$45.5 juta (RM8,132) dan VND$49.5 juta (RM8,850) seunit.

Dilengkapi ciri baru seperti sistem hibrid, skuter itu akan mula dilancarkan ke pasaran mulai bulan ini.

Biarpun masih mengekalkan ciri dan imej model sedia ada, Nozza Grande baharu tampil dengan rekaan lebih segar agar dapat menarik perhatian pengguna muda di Vietnam.

Antara ciri baru yang dipasang padanya ialah Smart Motor Generator, melibatkan satu sistem hibrid untuk membantu penunggang ketika hendak memulakan tunggangan.

Manakala enjin BLUE CORE pula menjanjikan pecutan lebih lancar dan kurang gegar untuk keselesaan. Rekaan badan serta kemasan krom memberikannya gaya yang lebih sofistikated.

Meter TFT, sistem brek ABS dan sistem kunci pintar menjadi antara ciri utama Nozza Grande yang dikilang serta dijual oleh Yamaha Motor Vietnam Co., Ltd.

Yamaha Motor Vietnam mensasarkan untuk menjual 70,000 unit Nozza Grande dalam masa setahun.

Share this post

scroll to top