YAMAHA X-MAX 250 MASUKI PASARAN MALAYSIA MAC DEPAN  

SHARE

Pada majlis pelancaran Yamaha MT-09 sebentar tadi, Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) membuat kejutan apabila melakukan prebiu model skuter maxi popularnya, Yamaha X-MAX.

Sebagaimana yang anda tahu, X-MAX merupakan sebahagian daripada keluarga skuter MAX keluaran Yamaha yang cukup popular terutama di pasaran Eropah.

Di negara-negara lain, X-MAX hadir dalam beberapa pilihan enjin seperti 125cc, 250cc dan 400cc.

Dijadual dilancarkan secara rasmi pada Mac depan, X-MAX melengkapkan lagi tawaran skuter maxi Yamaha yang kini dikuasai oleh model Yamaha N-MAX.

Macam biasa, HLYM tidak mahu mendedahkan harga skuter ini. Tetapi, Mekanika Malaysia menjangkakan harga X-MAX tidak akan melebihi takat RM26,000 seunit.

Oh ya, di Indonesia, skuter ini ditawarkan pada harga sekitar RM17,000 sahaja.

X-MAX digerakkan oleh enjin satu silinder dengan sistem penyejukan cecair bersesaran 249cc berkuasa 20hp. Ia juga dipasang dengan rim 15 depan dan 14 belakang (majoriti saiz untuk skuter 300cc) yang menjanjikan tunggangan lebih selesa.

Sebagai sebuah skuter yang boleh dianggap mewah, X-MAX didatangkan dengan banyak ciri menarik.

Antaranya ialah lampu utama dan belakang LED, kunci pintar, brek anti kunci (ABS), brek cakera pada kedua-dua buah roda, soket elektrik untuk mengecas peranti, paparan meter multi fungsi, cermin penghadang angin hadapan boleh laras serta banyak lagi.    

X-MAX akan dibawa masuk ke Malaysia dalam bentuk CKD dari Indonesia. Dua warna didedahkan pada hari ini iaitu putih dan burgundy.

GALERI 

Share this post

scroll to top