Motosikal

YAMAHA X-MAX 250cc

Skuter adalah gaya hidup. Cuma di Malaysia ni agak pelik sikit pasarannya di mana motosikal kecil yang laris bukannya skuter. Sebaliknya, motor kapcai empat lejang.

2016-Yamaha-X-MAX-250-mekanika (1)

Berbeza dengan pasaran negara jiran  seperti Thailand, Indonesia, Vietnam dan Filipina, skuter menjadi mode pengangkutan pilihan. Malah jualan skuter di sana biasanya melebihi motosikal konvensional.

Sebab itu jugalah pengeluar motosikal di Malaysia dilihat kurang menumpukan pada pasaran skuter.  Kalau ikut kronologi, jualan skuter bermula pada awal tahun 1990-an melalui model Suzuki V100 kemudian V125.

2016-Yamaha-X-MAX-250-mekanika (2)

Yamaha pernah memperkenalkan Majesty 250cc pada era 1990-an dulu. Kemudian Modenas memeriahkan lagi pasaran dengan Elegan 150cc.

Kita kekurangan pilihan skuter sehinggalah SYM perkenalkan VTS200, 250 dan 400. Kemudian ada pula Gilera SP, Nexus, Kymco dan akhirnya muncul pemain utama Honda dengan NSS300 dan Kawasaki J300.

2016-Yamaha-X-MAX-250-mekanika (5)

Mana Yamaha?

Yamaha berhenti setakat T-Max 530cc. Kemudian entah dari mana, N-MAX 150cc dilancarkan. Jika mengambil kira poliferasi motosikal edaran Hong Leong Yamaha (HLYM), mereka bukannya berminat pun nak jual skuter.  Tak boleh salahkan mereka juga kalau diikutkan pasaran yang sedia ada di Malaysia yang meriah dengan kapchai.

2016-Yamaha-X-MAX-250-mekanika (11)

Tetapi semalam di laman FB Yamaha telah keluar satu teaser Yamaha X-MAX. Kalau ikut pada versi pasaran semasa, X-MAX ada model 125cc, 250cc dan 400cc. Foto teaser itu mirip dengan versi 250cc di pasaran Eropah.

Jika kita mengambil kira rangkaian model sedia ada, besar kemungkinan Yamaha bakal perkenalkan versi 250cc. Jika model 250cc diperkenalkan, ia bakal jadi saingan terus pada Honda NSS Forza 300, Kawasaki J300 dan Aprilia Sport City 300. Kalau dilihat pada skema lesen motosikal sudah, tentulah 250cc menjadi  pilihan yang ideal. Tak payah tukar lesen B2.

2016-Yamaha-X-MAX-250-mekanika (3)

X-MAX dikuasakan oleh enjin satu silinder dengan sistem penyejukan cecair bersesaran 249cc yang berupaya menghasilkan kuada 15kw (20hp). Ia dipasang dengan rim 15 depan dan 14 belakang (majoriti saiz untuk skuter 300cc). Bagi sebuah skuter, lebih besar saiz roda bererti lebih bagus dan selesa.

2016-Yamaha-X-MAX-250-mekanika (4)

Harga? Kami jangkakan ia berada di antara RM20,000 hingga RM25,000 seunit.

Apa kata anda?

Google ads
Back to top button