Motosikal

YAMAHA X-MAX TAMPIL DENGAN 2 WARNA BAHARU – HARGA TIDAK BERUBAH, RM21,255 SEUNIT

Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) baru-baru ini memperkenalkan rangkaian warna baharu untuk skuter maxi keluarannya, X-MAX.

Model tahun 2018 itu kini didatangkan dengan dua warna iaitu matt biru dan merah. Warna sebelum ini ialah putih dan coklat.

Bakal memulakan penghantaran pada Disember, harga X-MAX bagaimanapun tidak berubah. Anda boleh memiliki skuter yang padat dengan pelbagai ciri moden ini pada harga RM21,255 seunit (tidak termasuk cukai jalan, nombor plat dan insurans).

BACA: YAMAHA X-MAX MASUKI PASARAN MALAYSIA MAC DEPAN

Skuter premium X-MAX dijana oleh enjin satu silinder dengan sistem penyejukan cecair bersesaran 249cc berkuasa 20hp.

Bagi menawarkan tunggangan lebih selesa, jentera itu dipasang dengan rim 15 depan dan 14 belakang yang biasanya digunakan oleh skuter bersesaran 300cc.

X-MAX yang dibawa masuk ke Malaysia dalam bentuk CKD dari Indonesia itu dilengkapi pelbagai ciri menarik.

Antaranya ialah lampu utama dan belakang LED, kunci pintar, brek anti kunci (ABS), brek cakera pada kedua-dua buah roda, soket elektrik untuk mengecas peranti, paparan meter multi fungsi, cermin penghadang angin hadapan boleh laras serta banyak lagi.

Google ads
Back to top button