Motosikal

YAMAHA YZF-R15 OHLINS

PT Yamaha Indonesia Motor Manufacturing (YIMM) memperkenalkan Yamaha YZF-R15 Ohlins Special Edition. Menariknya model tersebut hanya dijual secara online pada harga Rp 32.8 juta (RM 10,168).

batch_Yamaha-yzf-r15-ohlins-special-edition-mekanika

Yamaha memilih penyerap hentak Ohlins untuk dipasang pada YZF-R15 bagi menyerlahkan karakter gagah R15 dan menjadi pusat perhatian.

“Setelah perbincangan dengan Ohlins, YZF-R15 memiliki karakter yang sesuai dengan jenis suspensi Ohlins YA 110003 (S36E). Pemilihan itu juga disokong dengan waranti kerosakan sehingga tiga tahun,” kata Pengurus Besar Pemasaran PT YIMM,  Masykur .

Pembelian secara online itu dibuka selama sebulan sahaja.

Selain melancarkan Yamaha YZF-R15 Ohlins, YIMM juga memperkenalkan grafik baharu pada  YZF-R15 dengan tiga pilihan warna kelabu, putih, biru yang menjadi identiti warna khas Yamaha.

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button