Motosikal

YAMAHA YZF-R25 DILANCARKAN DI INDONESIA

Yamaha Motor Co., Ltd. (Yamaha Motor) baru-baru ini mengumumkan bahawa model YZF-R25 akan mula dijual di pasaran Indoensia pada Julai 2014. 

Yamaha-R25-Indonesia-mekanika (1)

Ia merupakan tambahan kepada siri YZF-R supersport dan akan dikilangkan serta djual oleh syarikat PT. Yamaha Indonesia Motor Manufacturing (YIMM).

YZF-R25 dibangunkan sebagai sebuah model global. Ia bakal menjadi pemacu kepada pengembangan skala perniagaan yang telah ditetapkan olehYamaha Motor dalam pelan pengurusan jangka sederhananya (2013-2015). Maka tidak hairanlah jika ia dibina untuk pasaran ASEAN dan pasaran negara-negara membangun.

YAMAHA At The 43rd Tokyo Motor Show 2013

Dibangun dengan konsep superbike yang boleh anda tunggang setiap hari, R25 dikatakan memiliki prestasi tinggi dan gaya sebuah jentera supersport. Jentera ini juga mudah untuk dikendalikan, selain menawarkan tunggangan yang mengujakan.

Pasaran Indonesia menyaksikan model-model sports mula mendapat perhatian pengguna sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Justeru, YIMM telah melancarkan model YZF-R1 dan YZF-R6 pada November 2013 serta Mei 2014. YIMM turut memulakan pengeluaran dan jualan model YZF-R15.

YAMAHA At The 43rd Tokyo Motor Show 2013

R25 didatangkan dalam dua warna iaitu biru dan putih/hitam/merah. Ia bakal ditawarkan pada harga 53 juta rupiah (RM14,500) seunit dengan sasaran jualan sekitar 12,000 unit dalam tempoh setahun.

Keluarga siri YZF-R bermula pada tahun 1998 apabila Yamaha melancarkan model supersport YZF-R1 (1,000cc). Sejak itu Yamaha Motor terus mengambangkan siri YZF-R menerusi pelancaran model YZF-R6 (600cc) dan YZF-R7 (750cc). Pada tahun 2008, YZF-R15 (150cc) dan YZF-R125 (125cc) diperkenalkan di pasaran India serta Eropah.

YAMAHA At The 43rd Tokyo Motor Show 2013

YZF-R25 dikuasakan oleh enjin 250cc dua silinder sebaris dengan sistem penyejukan cecair yang baru dibangunkan. Bagi menawarkan kualiti tunggangan terbaik, jentera ini dibina di atas kerangka ringan dengan beratnya ditumpukan pada bahagian tengah.

Jika dipasarkan ke pasaran tempatan, R25 akan menjadi saingan langsung kepada model-model seperti Kawasaki Ninja 250R, Honda CBR250 dan Naza Blade 250R. 

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button