Pandu Uji

ASX CKD – CROSSOVER LENGKAP

Sejak Mitsubishi Motors Malaysia (MMM) mengambil keputusan untuk melaksanakan program pemasangan tempatan terhadap model crossover ini, sambutan terhadapnya dilihat kian memberangsangkan. 

ASX-CKD-crossover-lengkap-mekanika (11)

Mitsubishi ASX diperkenalkan ke pasaran tempatan dalam bentuk import sepenuhnya (CBU) dari Jepun pada tahun 2010. Pada ketika itu hanya satu varian ditawarkan iaitu 2WD bersama barisan aksesori yang lengkap.

Memandangkan ia model CBU, maka harga yang ditawarkan pada ketika itu ialah sekitar RM140,000 seunit. Selepas menjalani beberapa proses facelift, MMM akhirnya mengumumkan ketibaan ASX CKD dengan dua pilihan pacuan roda iaitu  2WD dan 4WD pada Januari lalu.

ASX-CKD-crossover-lengkap-mekanika (7)

ASX dipasang di kilang pemasangan milik Tan Chong Motor Assemblers (TCMA) di Segambut, Kuala Lumpur. MMM menegaskan bahawa kualiti ASX CBU dan CKD adalah sama, walaupun harga bagi model CKD adalah lebih murah.

Kini, anda boleh memiliki sebuah ASX pada harga yang cukup kompetitif. RM114,269 untuk varian 2WD dan RM128, 879.50 bagi pacuan empat roda (harga di atas jalan tidak termasuk insurans).  

ASX-CKD-crossover-lengkap-mekanika (12)

Bagi membuktikan bahawa Mitsubishi tidak pernah berkompromi dengan aspek kualiti produknya, satu sesi pandu uji telah dilaksanakan oleh MMM menuju ke Port Dickson, Negeri Sembilan.

Kami mengharung gabungan jalan-jalan kampung dan lebuh raya. Ringkasnya, ASX memang mampu menawarkan kualiti pengendalian, kuasa dan kualiti pemanduan yang begitu memuaskan.

ASX-CKD-crossover-lengkap-mekanika (15)

Olengan tubuhnya adalah minimum. Kestabilan crossover ini dapat dirasai dengan ketara terutama jika anda memandu varian 4WD. Rahsianya terletak pada sistem pacuan empat roda yang digunakannya.

Berbeza dengan pacuan 4WD yang lain, sistem pada ASX sebenarnya menghantar lebih banyak kuasa tork ke roda belakang. Sehinggakan ia seolah-olah menjadi seperti kenderaan berpacuan roda belakang. Sedia maklum bahawa juga sistem 4WD menawarkan lebih cengkaman dan kestabilan terutama ketika memandu di atas jalan yang licin.

ASX-CKD-crossover-lengkap-mekanika (3)

Aspek mekanika ASX CKD tidak berubah. Enjin MIVEC bersesaran 2.0 liter yang berupaya menghasilkan kuasa sehingga 150PS dan tork maksimum 197Nm masih dikekalkan. Ia nyata tidak keberatan untuk memacu jentera ini dengan pantas apabila diperlukan. Penjimatan bahan apinya juga agak bagus, sekitar 13.2 km/l.

Dipadankan dengan transmisi INVECS- III CVT bersama ciri Sports Mode, pemandu boleh memilih untuk menukar kedudukan gear secara manual. Justeru, paddle shifter yang ada pada varian 4WD sememangnya amat dialu-alukan.

ASX-CKD-crossover-lengkap-mekanika (4)

Program CKD bukan sahaja membuatkan harga kenderaan lebih murah, malah membolehkan pengeluar menambah pelbagai aksesori bagi menjadikan pembelian lebih berbaloi.

Dalam kes ASX, kedua-dua variannya hadir dengan ciri-ciri seperti alat pengesan hujan dan lampu, tempat duduk kulit, sistem navigasi GPS, alat penggera parkir, kamera undur, pendingin hawa automatik serta meter kelajuan berkontras tinggi sebagai peralatan standard.

ASX-CKD-crossover-lengkap-mekanika (5)

Varian 4WD pula ditambah dengan bumbung panoramik, paddle shifter, butang penghidup enjin dan filem pelindung pada cermin kenderaan.

Memang benar, kalau diikutkan, ASX sudah berada agak lama dalam pasaran. Apatah lagi, program CKD baru sahaja bermula pada awal tahun ini. Maka, MMM mengakui bahawa ASX akan terus ditawarkan untuk beberapa tahun lagi.

ASX-CKD-crossover-lengkap-mekanika (2)

Mujur crossover kompak itu memiliki reka bentuk luaran yang menarik. Jadi, walaupun masih berada di bilik pameran tiga tahun akan datang, ia tidak nampak seperti sebuah model yang lama. Lagi pun, anda harus tahu bahawa ASX dibina oleh pengeluar kenderaan yang pakar dalam penghasilan jentera sebegini.

ASX-CKD-crossover-lengkap-mekanika (1)

ASX CKD didatangkan dalam empat warna menarik iaitu hitam, kelabu, perak dan putih. Lebih menarik lagi, ia hadir bersama jaminan selama lima tahun serta perbatuan tanpa had. Tidak cukup? Bagaimana dengan penyelenggaraan percuma selama dua tahun, menarik kan?
[hr]GALERI

ASX-CKD-crossover-lengkap-mekanika (8)ASX-CKD-crossover-lengkap-mekanika (21)ASX-CKD-crossover-lengkap-mekanika (22)ASX-CKD-crossover-lengkap-mekanika (13)ASX-CKD-crossover-lengkap-mekanika (19)

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button