Pandu Uji

CHEVROLET COLORADO MUSCLE EDITION

Pengedar  rasmi kenderaan jenama Chevrolet di Malaysia, NAZA Quest Sdn. Bhd. (Naza Quest) memulakan tahun baharu 2014 dengan menawarkan jentera penuh kuasa, trak pikap Chevrolet Colorado. 

Colorado_FRONT

Dikenali sebagai edisi Colorado Muscle, ia akan dipamerkan untuk tatapan umum dalam satu siri jelajah bermula dari 3 hingga 5 Januari 2014 di ruang legar pusat beli-belah Mid Valley Megamall.

Colorado_BROWN

Chevrolet Colorado Muscle merupakan trak pikap Colorado yang dipertingkatkan. Berpegang kepada namanya, jentera itu menawarkan kuasa menakjubkan setinggi 193hp, pecutan maksimum 180km/j, kemampuan memecut dari 0 hingga 100km/j dalam tempoh hanya 10 saat dan tork paling tinggi dalam kelasnya, 500Nm @ 2,000rpm!

Colorado_Exterior_04

Boleh didapati serta-merta, Colorado Muscle hadir dalam varian 2.5L manual dan 2.8L automatik. Jentera itu dilengkapi sejumlah ciri keselamatan seperti Cornering Brake Control, Hydraulic Brake Fade Assist, Panic Brake Assist, Traction Control, Electronic Stability Control, Hill Start Assist dan Hill Descent Control. Ia juga mampu mengangkat beban sehingga 1,025kg.

MyLink

Ciri tambahan yang pasti anda hargai ialah ketersambungan MyLink, Bluetooh, satu port USB, paparan skrin sentuh dan butang kawalan suara pada stereng.

Colorado_BLACK

“Colorado Muscle menawarkan sesuatu yang lebih berbanding versi asalnya. Sebagai juara di laluan mencabar, Colorado Muscle memiliki kuasa mengagumkan untuk mengatasi mana-mana pesaingnya di pasaran tempatan,” jelas Pengerusi  Eksekutif Bersama Kumpulan Naza, Datuk Wira SM Faisal SM Nasimuddin.

Colorado_Interior_03

Pameran di Mid Valley bermula pada pukul 10 pagi hingga 10 malam. Ia turut melibatkan lima kenderaan Chevrolet yang lain iaitu Cruze Sport, Orlando, Sonic Hatchback dan Sonic Sedan.

Colorado_Exterior_02

Orang ramai boleh memandu uji model-model tersebut. Sementara kuiz soal jawab pula menyediakan pelbagai hadiah menarik untuk dimenangi. Naza Quest juga menawarkan rebat tunai (tertakluk kepada terma dan syarat).

Colorado_Interior_04

Maklumat lanjut mengenai Chevrolet Malaysia, sila layari laman web: www.chevrolet.com.my atau http://www.facebook.com/MYChevrolet. Ikuti  @Chevrolet_MY untuk mengetahui tawaran terbaharu daripada Chevrolet Malaysia.

[hr]GALERI

Colorado_WHITEColorado_Interior_05Colorado_GREY

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button