Pandu Uji

CHEVROLET MALIBU – RM153,888

Selepas sekian lama menunggu, pengedar kenderaan jenama Chevrolet di Malaysia, Naza Quest Sdn. Bhd. (Naza Quest) akhirnya melancarkan sedan segmen D, Chevrolet Malibu. 

chevrolet-malibu-RM153,888-mekanika (3)

Ditawarkan dalam satu varian sahaja iaitu Malibu LTZ, jentera yang sarat dengan teknologi itu berharga RM153,888 seunit (tidak termasuk insurans dan cukai jalan). Hadir bersama ialah pakej jaminan selama lima tahun atau perbatuan sejauh 200,000 kilometer (mana-mana tiba dahulu).

Malibu sememangnya satu model ikonik buat Chevrolet. Diperkenalkan sejak 50 tahun lalu, ia berjaya mencatat jualan lebih 200,000 unit pada tahun pertama pengenalannya.  Kini, Malibu telah dijual di lebih 100 buah negara di seluruh dunia.

chevrolet-malibu-RM153,888-mekanika (6)

Kehadiran Malibu LTZ pastinya akan merancakkan lagi persaingan dalam segmen D tempatan yang kini dihuni oleh model-model seperti Honda Accord, Toyota Camry, Nissan Teana, Mazda6, Kia Optima K5, Hyundai Sonata, Volkswagen Passat dan Peugeot 508.

Malibu LTZ yang diimport sepenuhnya daripada kilang GM di Korea Selatan itu dikuasakan oleh enjin aspirasi biasa (N/A) bersesaran 2.4 liter. Enjin Ecotec dengan sistem Dual Continuous Variable Cam Phasing (DCVCP) itu mampu menjana kuasa mencecah 165hp @ 5,800rpm dan tork maksimum 225Nm @ 4,600rpm.

chevrolet-malibu-RM153,888-mekanika (9)

Kuasa enjin itu disalurkan ke roda hadapan menerusi kotak gear automatik enam kelajuan dengan mode pertukaran gear secara manual.

Presiden Operasi General Motors Asia Tenggara, Tim Zimmerman memberitahu, pemilihan enjin 2.4 liter itu dibuat selepas penilaian terhadap kualiti bahan api dan kondisi jalan raya di Malaysia dilaksanakan.

chevrolet-malibu-RM153,888-mekanika (8)

Tidak menolak kemungkinan enjin bersesaran lebih kecil dengan sistem pengecas turbo diperkenalkan pada masa akan datang, Zimmerman turut menegaskan bahawa enjin Ecotec mampu menawarkan penghantaran kuasa yang lancar dan senyap.

Dinamik pemanduan Malibu LTZ disumbang oleh chasisnya yang tegar serta gabungan suspensi topang MacPherson pada roda hadapan dan jenis multi-link di belakang.

Malibu, HUN_Malibu CHE-HUN-MAL-002-12

Penampilan luaran Malibu LTZ diserlahkan melalui isyarat rekaan yang dipinjam daripada model Chevrolet Camaro Coupe. Ia dapat dilihat dengan jelas pada lampu belakangnya. Sedan itu juga kelihatan begitu maskulin dengan gril radiator yang lebar.

Bahagian dalaman pula diserlahkan dengan rekaan dual kokpit yang dibina menggunakan material berkualiti tinggi. Konsol tengahnya diisi dengan sistem audio MyLink bersama integrasi kamera undur.

chevrolet-malibu-RM153,888-mekanika (13)

Dengan tapak roda sepanjang 2,637mm pengguna boleh mengharapkan ruang kabin yang luas. Ruang kargo seluas 462 liter pastinya memudahkan sesiapa sahaja untuk mengangkut barang dalam jumlah yang banyak.

Harus tahu bahawa Malibu LTZ membolehkan anda menghidupkan enjin dari jauh menggunakan sistem Passive Entry Push Start button (PEPS) dengan hanya perlu menekan butang pada kuncinya.

MALIBU 2013

Antara ciri inovatif lain ialah sistem pemantauan tekanan tayar (TPMS), pembersih lampu utama, brek parkir berkuasa elektrik, sistem lampu dengan pelarasan automatik dan banyak lagi.

Menyentuh tentang aspek keselamatan pula, Malibu LTZ diberi penarafan lima bintang oleh NCAP. Ia dilengkapi empat beg udara (hadapan dan sisi), brek ABS, sistem kawalan kestabilan elektronik StabiliTrak dengan Brake Assist serta EBD.

chevrolet-malibu-RM153,888-mekanika (7)

Selaku pemain baharu dalam segmen ini, Naza Quest meletakkan sasaran untuk menjual 2,400 unit Malibu LTZ dalam tempoh setahun. Jika berminat, Malibu LTZ didatangkan dalam empat warna pilihan iaitu merah, hitam, putih, dan perak.
[hr] GALERI

CHEVROLET MALIBU – RM153,888 chevrolet-malibu-RM153,888-mekanika (5)chevrolet-malibu-RM153,888-mekanika (10)chevrolet-malibu-RM153,888-mekanika (15)Chevrolet Malibuchevrolet-malibu-RM153,888-mekanika (21)chevrolet-malibu-RM153,888-mekanika (24)

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button