Pandu Uji

CITROEN GRAND C4 PICASSO PETROL

Naza Euro Motors telah melancarkan varian petrol Citroen Grand C4 Picasso. Pada Oktober tahun lalu, versi diesel MPV tersebut ditawarkan kepada pengguna tempatan.

Citroen-Grand-C4-Picasso-petrol-mekanika (13)

Pernah dinobatkan sebagai pemenang dalam Anugerah NST-Maybank Car of the Year (kategori MPV), versi diesel itu dilaporkan sudah habis dijual.

Tahun 2014 menyaksikan jualan Naza Euro Motors tumbuh sebanyak 110 peratus berbanding tahun sebelumnya.

SONY DSC

“Dengan penambahan model terbaharu dalam rangkaian C, kami mensasarkan untuk menjual sekitar 600 unit Citroen pada tahun ini dengan 20 hingga 25 peratus datangnya daripada Grand C4 Picasso petrol,” kata Ketua Pegawai Operasi Naza Euro Motors, Datuk Samson Anand George.

Citroen-Grand-C4-Picasso-petrol-mekanika (5)

Citroen Grand C4 Picasso dikuasakan oleh enjin e-THP 165 bersesaran 1.6 liter yang mampu menghasilkan kuasa mencecah 165PS dan tork 240Nm. Enjin yang efisien itu kemudian dipadankan dengan kotak gear automatik enam kelajuan. Padanan tersebut membolehkan MPV itu mencatat kelajuan 100km/j dalam masa 8.7 saat dengan pecutan maksimum 201km/j.

Harus tahu juga bahawa enjin baharu itu menawarkan penjimatan sehingga 17.3km/l dan hanya mengeluarkan emisi kira-kira 129g/km.

Citroen-Grand-C4-Picasso-petrol-mekanika (3)

MPV tujuh tempat duduk ini memang menawarkan rekaan luaran dan dalaman yang seimbang. Dibina di atas platform EMP2, ia menggabungkan aspek versatiliti, ruang kabin yang luas dan akses lebih mudah.

SONY DSC

Ruang kabin Citroen Grand C4 Picasso jelas moden menerusi pelbagai ciri inovatif. Antaranya, skrin sentuh bersaiz tujuh inci, 12 invi skrin panoramik dengan sistem navigasi, Park Assist System, Active Cruise Control, sistem bantuan parkir hadapan dan belakang, sistem 360 darjah, kamera pandang belakang serta fungsi urutan pada tempat duduk pemandu dan penumpang hadapan. 

SONY DSC

MPV itu juga tidak kurang dari segi sistem keselamatannya. Ini termasuklah Collision Risk Alert, Hill Start Assist, Lane Departure Warning System, Blind Spot Monitoring System dan Electronic Stability Programme (ESP).

Sistem Electronic Stability Programme terdiri daripada Anti-Lock Braking System (ABS), Electronic Brake Force Distribution (EBFD), Electronic Brake Assistance (EBA), Dynamic Stability Control (DSC) dan Traction Control System (TCS).

Citroen-Grand-C4-Picasso-petrol-mekanika (6)

Citroen Grand C4 Picasso didatangkan dalam empat warna iaitu hitam, putih, biru dan merah. Ia boleh anda miliki pada harga RM179,888 (di atas jalan termasuk insurans) bersama jaminan selama lima tahun dengan perbatuan tanpa had.
[hr]GALERI

Citroen-Grand-C4-Picasso-petrol-mekanika (1)Citroen-Grand-C4-Picasso-petrol-mekanika (2)Citroen-Grand-C4-Picasso-petrol-mekanika (4)SONY DSCCitroen-Grand-C4-Picasso-petrol-mekanika (15)

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button