Pandu Uji

FORD TRANSIT – BERMULA RM140,000

Ford semalam melancarkan van saiz penuh Transit yang dipasang tempatan serta satu rangkaian yang terdiri daripada sembilan pusat kenderaan komersial (CV). 

SONY DSC

Dengan lebih tujuh juta unit terjual di enam benua di 116 pasaran di seluruh dunia, Ford Transit menetapkan penanda aras dari aspek ketahanan dan boleh dipercayai.

Dijurutera dan dibina untuk membantu syarikat pengendali pengangkutan supaya kekal produktif dan mencatat keuntungan, Ford Transit menawarkan kombinasi penjimatan bahan api, kuasa, kapasiti kargo dan keselamaan yang terbaik dalam kelasnya. 

SONY DSC

Didatangkan dalam dua varian, Panel Van  dan Window Van dengan kapasiti 13 orang penumpang (termasuk pemandu), Panel Van (Bumbung Tinggi) Ford Transit ditawarkan pada harga RM139,888 (Pendaftaran Syarikat Komersial) seunit.

Sementara varian Window Van (Bumbung Sederhana) pula berharga RM146,888 (Pendaftaran Peribadi) seunit.

SONY DSC

Kedua-dua varian Transit dikuasakan oleh enjin diesel Duratorq TDCi2 2.2L Variable Geometry (VG) Turbo yang dipadankan dengan kotak gear manual enam kelajuan. Menurut Pengurus Jualan Kenderaan Pengangkutan Serantau,  Malaysia dan Pasaran Membangun Asia Pasifik, Ford Motor Company, Brion Gopigian, walaupun ia merupakan enjin sama yang menjana trak pikap Ford Ranger, enjin tersebut adalah versi paling berkuasa.

Ia mampu memberikan prestasi mengagumkan iaitu 155PS dan tok puncak 385Nm. Rangkaian kuasa ini juga menawarkan penjimatan bahan api terbaik dari serendah 8.91/100 km.

SONY DSC

“Kuasa tork yang tinggi amat kritikal untuk menggerakkan Transit, terutama ketika ia sarat dengan muatan. Menyentuh tentang transmisi pula, biarpun ada varian autmatik di pasaran Amerika Syarikat, namun kami fikir kotak gear manual adalah yang paling sesuai untuk pasaran Malaysia,” tambah Gopigian.

Ford Transit dipacu oleh sistem pacuan roda belakang yang membolehkan agihan berat yang lebih seimbang. Ia juga menawarkan kapasiti mengangkut beban mengagumkan iaitu sehingga 1,400kg dengan kabin yang luas untuk membawa lebih banyak barang dan lebih ruang kepada para penumpang.

SONY DSC

Menawarkan pakej keselamatan yang paling komprehensif dalam kelasnya, Ford Transit dilengkapi oleh sejumlah ciri keselamatan aktif dan pasif. Antaranya termasuklah Electronic Stability Program (ESP) dengan Brake Traction Control System (TCS), Hill Launch Assist (HLA), Emergency Brake Assist (EBA), Anti-Lock Braking System (ABS) dengan Electronic Brake Force Distribution (EBD) Dua beg udara serta Passive Anti-Theft System (PATS) dengan sistem pelumpuh enjin (Engine Immobiliser).

Sangat versatil, tahan lasak dan boleh dipercayai, Ford Transit boleh diadaptasi kepada pelbagai jenis perniagaan komersial seperti ambulans, bas sekolah, trak untuk kegunaan bomba, stesen polis bergerak atau bas pelancong.

SONY DSC

Transit menyaksikan Ford memasuki satu lagi segmen kenderaan baharu dalam pasaran Malaysia yang berkembang pesat.

Pelancaran Transit turut disempurnakan dengan pelancaran satu rangkaian sembilan pusat servis kenderaan komersial (CV). Terletak di lokasi pengedar Ford sedia ada dan berpengalaman, ia menampilkan bengkel-bengkel yang telah dinaik taraf demi memenuhi standard global yang ketat dan unik untuk pusat kenderaan komersial Ford.

Ford-Transit-mekanika (1)

Selain bertindak selaku pusat jualan eksklusif untuk Transit, ia juga menyokong khidmat selepas jualan kepada semua pelanggan kenderaan komersial Ford.

Setiap Pusat CV Ford memiliki pasukan jualan yang berdedikasi dan juruteknik terlatih Ford. Ia dilengkapi peralatan bengkel yang khusus serta kepakaran untuk menguruskan aspek jaminan, penyelenggaraan pantas dan kerja-kerja pembaikan yang mudah dalam keadaan selesa. Hanya peralatan dan alat ganti tulen Ford digunakan. 

Ford-Transit-mekanika (3)

Selain menawarkan servis ketika anda sedang menunggu dan waktu operasi yang dilanjutkan, ia juga mempunyai fleksbiliti untuk meyediakan khidmat pembaikan kepada kenderaan yang perlu disiapkan dengan segera. Ini dapat meminimumkan tempoh rosak dengan cara memastikan kapasiti sewajarnya dan kepakaran untuk kenderaan pengangkutan komersial dan kerajaan.

Sekiranya berlaku kerosakan di tepi jalan, para pelanggan mempunyai akses kepada servis menunda AutoConnexion Road Assist yang beroperasi 24 jam sehari, tujuh hari seminggu.

Ford-Transit-mekanika (18)

Lokasi sembilan pusat Ford CV ialah: SDAC (Petaling Jaya), Trio Mantap (Ampang), Capital Intertrade (Damansara), SNS Kembara (Ipoh), Trio Mantap, (Seremban), Sri Mutiara (Kuantan), Ang Trading (Muar), Auto Lumina/pusat servis Century Legion (Johor Bahru) dan Sibu Ngu (Sibu).

Jika anda sedang mencari sebuah kenderaan komersial yang serba oleh, Ford Transit ialah jawapannya.

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button