Pandu Uji

HYUNDAI ELANTRA EDISI SPORT

Jika anda rasa rekaan Hyundai Elantra sedia ada kurang kena dengan citarasa, apa kata lihat model facelift  Elantra Edisi Sport.

Elantra-Sport-Edition-mekanika (4)

Terhad kepada 999 unit sahaja, Hyundai-Sime Darby Motors (HSDM) yakin bahawa model baharu ini bakal menerima maklum balas yang memberangsangkan.

Dengan harga cuma RM91,928 (di atas jalan tidak termasuk insurans), pelanggan ditawarkan dengan body kit sport penuh. Ia merangkumi bampar hadapan dan belakang, skirting sisi, paip ekzos berkembar, pelekat edisi terhad, pemain audio visual bersaiz 6.2 inci serta pilihan kamera undur dengan penambahan hanya RM300.

Elantra Edisi Sport ini hanya didatangkan dalam warna hitam dan putih. Ia juga dilekatkan dengan kod bar dan nombor siri dari 001 hingga 999.

Elantra-Sport-Edition-mekanika (3)

“Elantra merupakan model terlaris kami kerana pelanggan sukakan rekaan, fungsi dan prestasinya. Dengan pengenalan model baharu ini, kami harap dapat menaik minat golongan lebih muda,” kata Pengarah Urusan HSDM, Lau Yit Mun.

Sedan segmen C itu masih menggunakan enjin Gamma 1.6 liter MPI D-CVVT yang dipadankan dengan kotak gear automatik enam kelajuan.

Antara sistem keselamatan yang dipasang ialah Electronic Stability Control (ESC), Anti-lock Braking System (ABS), Vehicle Stability Management (VSM), Hill-Start Assist Control (HAC) dan banyak lagi.

Elantra-Sport-Edition-mekanika (1)

Dengan Edisi Sport, Elantra kini mempunyai lima varian:

Elantra FL 1.6 Elegance                RM85, 928.47*

Elantra FL 1.6 Sport                       RM91, 928.00*

Elantra FL 1.6 Executive               RM96, 820.57*

Elantra FL 1.6 Premium                RM101, 554.66*

Elantra FL 1.8 Premium                RM115, 616.20*

Sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri tidak lama lagi, HSDM turut mengadakan promosi Glittering Raya yang menawarkan syiling emas edisi terhad Ulang Tahun ke-30 Sonata  dengan pembelian mana-mana model Hyundai.

200 pelanggan terawal yang membeli Elantra Edisi Sport juga akan ditawarkan sama ada dua keeping syiling emas atau rebat tunai sehingga RM3,500. 

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button