Pandu Uji

KOENIGSEGG AGERA S – RM5 JUTA!

Kumpulan Syarikat NAZA menambah satu lagi jenama kereta ultra mewah dengan pelancaran NAZA Swedish Motors Sdn. Bhd. (NAZA Swedish Motors). 

Koenigsegg-Agera -S-mekanika (5)

Anak syarikat itu akan bertindak sebagai pengedar rasmi hypercar Koenigsegg untuk pasaran Malaysia dan Indonesia.

Dengan penubuhan NAZA Swedish Motors, Pengerusi Eksekutif Bersama Kumpulan NAZA, Datuk Wira SM Faisal SM Nasimuddin menjadi individu paling muda yang diberi hak pengedaran hypercar eksklusif ini di dua buah negara sekali gus.

Koenigsegg-Agera -S-mekanika (6)

Model pertama yang diperkenalkan ialah Koenigsegg Agera S. Agera membawa makna ‘mengambil tindakan’ dalam bahasa Sweden dan bermaksud ‘tidak dimakan usia’ dalam bahasa Greek.

Harga untuk sebuah Koenigsegg Agera S bukanlah murah, RM5 juta seunit tidak termasuk cukai. Apabila dikira dengan cukai, harganya dikatakan boleh mencecah RM15 juta seunit!

Koenigsegg-Agera -S-mekanika (1)

Harus tahu bahawa Koenigsegg adalah satu-satunya pengeluar jntera ultra mewah di dunia yang membangunkan sendiri rangkaian kuasanya. Agera S dikuasakan oleh unit enjin bersesaran 5.0 liter bi-turbo V8 yang mampu menjana kuasa sehingga 1,030hp @ 7,100rpm dan tork 1,100Nm @ 4,100rpm.

Koenigsegg-Agera -S-mekanika (28)

Kuasa tersebut dipindahkan ke roda belakang menerusi transmisi klac berkembar tujuh kelajuan yang mempunyai maklum balas pantas. Perkara paling penting yang diambil kira sewaktu pembangunan Agera S adalah beratnya.

Pakej enjin yang merangkumi klac, flywheel dan sistem manifold Inconel (termasuk dua pengecas turbo) hanya seberat 197kg. Transmisinya seberat 81kg. Sementara berat bersih bdan yang diperbuat daripada gentian karbon dan Kevlar itu cuma seberat 1,415kg.

Koenigsegg-Agera -S-mekanika (10)

Nisbah berat-kuasa membolehkan jentera ini memecut dari 0 hingga 100km/j dalam tempoh kurang 2.9 saat. 0-200km/j pula hanya memerlukan 7.8 saat dengan kelajuan maksimum melebihi 400km/j! Biarpun begitu, Agera S masih mampu menawarkan penggunaan bahan api sekitar 14.7l/100km atau lebih 500km untuk 80 liter tangkinya.

Koenigsegg-Agera -S-mekanika (26)

Pengendalian cemerlang pada kelajuan tinggi disumbang oleh aplikasi sistem suspensi Triplex pada roda belakang. Menjadi satu-satunya sistem suspensi seumpamanya di dunia, ia direka sendiri oleh pengasas Koenigsegg, Christian von Koenigsegg.

Koenigsegg-Agera -S-mekanika (25)

Agera S dipasang dengan tayar yang dibangunkan khas untuknya oleh Michelin. Tayar Michelin Super Sport menawarkan cengkaman terbaik sama ada di atas jalan yang kering atau basah.

Koenigsegg-Agera -S-mekanika (18)

“Salah satu aspek penting dalam peniagaan NAZA adalah untuk meningkatkan gaya hidup pelanggan dan menjadikan mimpi satu realiti. Justeru, kami cuba untuk memenuhi impian para pelanggan agar selari dengan kemampuan ekonomi mereka,” kata SM Faisal.

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button