LELAKI INI BERPELUANG PANDU UJI PERODUA MYVI, DAN INI APA YANG BELIAU RASA…

SHARE

Kereta paling ikonik di Malaysia, Perodua Myvi sudah menemui peminat dan seluruh warga Malaysia minggu Khamis lepas. Sebagai sebuah kereta yang popular, sudah tentu, model gantiannya dinanti-nantikan semua.

Kawan Abang Japar iaitu Mohamad Hanif berkesempatan memandu uji kereta ini dan sebagai bukan orang media, kami hargai pendapat beliau. Ia adalah pandangan yang tidak terlalu kritis dan mudah difahami oleh kebanyakan pembaca.

Nah, kami kongsikan pengalaman beliau

—————————————————————————————–

Laporan ringkas Perodua Saga FLX hatch… err maaf. Perodua Myvi.

Andainya Perodua menjual snek/kuih di petang hari, ini lah pisang goreng terlaris dari mereka. sebut sahaja pisang goreng biasa, tambah cheese, tambah coklat. dah simpan semalaman esok goreng balik, tetap terlajak laris. tapi kali ni, Myvi bukan sekadar teknologi kejuruteraan bumper semata-mata.

seperti biasa, ringkasan daripada pemanduan ringkas. terima kasih kepada Amirul Hazmi dan team Roda Pusing abang Hisham Jahudi kerana sudi membenarkan diri ini menguji pandu Myvi ini.

-Luaran. Bentuk Myvi nampak seimbang dari depan ke belakang. tak macam pau bulat generasi sebelum² ni dan tak nampak over garang macam Myvi sebelum ni. Nampak sporty itu pasti. Perhatikan garis bumbung yang jauh rendah berbanding Myvi asal.

-Masuk ke dalam ruang pemandu. kali ni aku puji Perodua sebab posisi pemanduan yang boleh diterima.

-Tombol gear mudah dicapai. hand brake pun tak lah kena menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan. stereng? rasa pegang stereng mewah. dan ringkas dengan butang fungsi yang tak merimaskan.

-Papan pemuka nampak lain daripada kebiasaan Perodua. penggunaan font putih pada meter memang menyenangkan mata memandang. selamat tinggal warna font fancy tipikal Perodua Myvi!

-Kerusi pemandu memang menyokong bahagian peha. tak rasa tergantung. cuma kerusi penumpang belakang agak pendek. ruang kaki memang luas, tapi kaki akan rasa sedikit tergantung. sesiapa yang tinggi tu try la adjust sebaik mungkin kaki anda.

-Rasanya malas nak sebut pasal spesifikasi, sebab terang dan jelas kali ni Myvi menang. dalam julat harga sebegitu rupa dah macam-macam aksesori ada.

-Pemanduan ringkas di Shah Alam tadi amat memuaskan. tindak balas stereng dirasakan mencukupi, lebih baik dari model Myvi lama. handling boleh kata lebih baik. jangan risau, ia masih Myvi.

-Ride Myvi ni juga baik dari sebelumnya. kalau sebelum ni kurang yakin dengan Myvi, tapi tidak kali ini.

-Oleh kerana bumbung yang rendah, jadi ruang kepala penumpang belakang sedikit kurang berbanding Myvi sebelum ni.

-Kerusi pemandu ada USB port dan poket sisi untuk letak phone. ye betul, pada kerusi, bukan pada konsol tengah macam Iriz. tapi kedekut lah, satu je ada.

Apa yang kurang?

-Chrome finishing tu. emmm..

-Perodua, kalau boleh kereta dah ada keyless entry kan, tolong sorokkan tempat kunci pada pintu pemandu tu. nampak merosakkan imej moden Myvi.

-Tolonglah sesiapa tukar emblem Myvi tu.

-Ruang konsol tengah, kekurangan ruang meletak barang macam Iriz.

-Lampu depan tu. keliru jap. Proton ada buat Saga FLX hatchback kah?

Kalau ada yang berminat, sambar aje lah. benda keselamatan macam ASA tu selalunya kereta mahal sikit baru ada. Bagus juga ada persaingan sebegini, Perodua dah mewujudkan satu standard untuk julat harga itu. Masa Iriz baru lancar, Proton dah buat standard untuk segmen tu. Kesian Myvi masa tu. Kali ni, giliran Perodua pula. Kesian Iriz hahaha..

Untuk mereka yang tak kisah pasal aksesori mewah dan smart tag reader, pentingkan dari segi praktikaliti, keselesaan memandu dan kesedapan meratah selekoh, go for Iriz.

Proton, u have a new job. Iriz facelift, kasi hentam sama ini Myvi. Buktikan bukan sekadar dari poster ucapan tahniah anda itu.

(Visited 5,587 times, 28 visits today)

Share this post

scroll to top