Pandu Uji

MAZDA CX-5 2.5

Sedia maklum bahawa SUV CX-5 ialah model yang bertanggungjawab menaikkan kembali jenama Mazda di pasaran tempatan. 

mazda-CX-5-2 (3)

Menjadi model pertama yang dilengkapi teknologi inovatif Mazda SKYACTIV, CX-5 tidak menunggu lama untuk mengecapi populariti dalam segmen SUV bersaiz sederhana.

Kini, para peminat Mazda CX-5 boleh memiliki varian yang lebih berkuasa. Pengedar rasmi kenderaan Mazda di Malaysia, Bermaz Motor baru-baru ini memperkenalkan varian CX-5 yang dilengkapi enjin petrol bersesaran 2.5 liter.

mazda-CX-5-2 (7)

Enjin SKYACTIVE-G empat silinder itu ialah enjin sama yang ada pada Mazda6 2.5. Mampu menghasilkan kuasa mencecah 185hp dan tork maksimum 250Nm @ 3,250rpm ia dipadankan dengan kotak gear automatik SKYACTIVE-DRIVE enam kelajuan. Anda boleh memilih sama ada pacuan dua roda (2WD) atau pacuan empat roda (4WD).

Diimport sepenuhnya (CBU) dari Jepun, Mazda CX-5 2.5 merupakan model yang ekslusif. Ia memiliki segala ciri yang ada pada model tertinggi CX-5 2.0  dengan penambahan sistem i-Stop, bumbung suria, sistem bunyi Bose bersama sembilan unit pembesar suara dan rim aloi bersaiz 17 inci.

mazda-CX-5-2 (2)

Dari segi keselamatan pula, SUV ini dilengkapi sistem EES, DSC/TSC, sistem lampu Adaptive Front Lighting System (AFLS), enam beg udara, ISOFIX dan banyak lagi.

Pengarah Eksekutif Bermaz Motor, Datuk Ben Yeoh memberitahu tujuan utama pengenalan varian terbaharu ini adalah untuk memberi lebih pilihan kepada pengguna. Apatah lagi model CX-5 2.0 kini mempunyai  tempoh menunggu yang agak lama.

mazda-CX-5-2 (6)

“CX-5 2.5 akan dimasukkan ke dalam program CKD (pemasangan tempatan) apabila kapasiti produksi  sedia ada dapat ditingkatkan dengan adanya saluran pengeluaran yang baru,” kata Datuk Ben Yeoh.

Mazda CX-5 2.5 ditawarkan pada harga RM163,058 (2WD) dan RM173,058 untuk versi 4WD (tidak termasuk insurans. Warna yang boleh dipilih pula ialah biru, kelabu, putih dan perak.

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button