Pandu Uji

MINI COUNTRYMAN CKD!

Untuk pasaran Malysia yang harga keretanya cukup mahal, program pemasangan tempatan (CKD) adalah salah satu cara untuk mengurangkan sedikit harganya. Namun, pelaksanaan proses CKD memerlukan indikator lain seperti volum jualan tertentu bagi memastikan segala pelaburan yang telah dibuat itu berbaloi. 

BMW 05

BMW merupakan antara jenama yang menjalankan proses CKD di Malaysia. Kilang pemasangan milik BMW Group Malaysia (BMW Malaysia) di Kulim, Kedah sudahkan pun memasang pelbagai model untuk pasaran tempatan seperti 3-series, 5-series, X1 dan X3 xDrive20i. Kini, BMW Malaysia meluaskan rangkaian model CKD keluarannya menerusi pengenalan MINI Countryman baharu pemasangan tempatan.

BMW 06

“BMW Malaysia hari ini mencatat satu lagi pencapaian signifikan dalam sejarah sepuluh tahun beroperasi di negara ini apabila pemasangan MINI dilaksanakan buat pertama kalinya di Malaysia dan di rantau Asia Tenggara,” kata Ketua Pegawai Eksekutif BMW Malaysia, Dr. Gerhard Pils.

 P90124224 (1)

Apa yang pasti, keputusan untuk memasang MINI Countryman di negara ini membuka peluang kepada pemindahan teknologi saluran pemasangan, amalan dan standard yang lebih tinggi ke Malaysia. Pengenalan MINI Countryman menjadikannya model kelima yang menyertai portfolio kenderaan CKD BMW Malaysia. Sekali gus mengukuhkan lagi komitmen dan pelaburan pengeluar kereta premium ini di Malaysia.

 P90119766_highRes

Kilang yang beroperasi sejak tahun 2008 itu kini mempunyai kapasiti pemasangan lebih 12,000 unit setahun. Dengan tenaga kerja seramai 400 orang dan dilengkapi teknologi pembuatan yang terkini, kilang tersebut beroperasi mengikut piawaian seperti kemudahan BMW Group lain di mana-mana sahaja di dunia.

 P90124209

Secara keseluruhannya, aspek mekanikal MINI Countryman CKD  adalah sama seperti model CBU. BMW Malaysia mahu mengoptimumkan bekalannya kepada pelanggan di Malaysia. Pada masa yang sama mengurangkan jumlah kos pemilikan, masa menunggu dan alat ganti untuk pelanggan MINI di seluruh negara.

 P90124187

Sebagai sebuah kereta bandar yang versatil, MINI Countryman merupakan MINI pertama yang menampilkan empat pintu, susun atur dalaman luas untuk lima orang serta ruang but dengan keupayaan mengisi barang lebih dua kali ganda berbanding model MINI sebelum ini.

 P90124176

Walaupun MINI Countryman kelihatan seperti versi MINI yang lebih matang, namun ia masih mengekalkan ciri pemanduan ala go-kart yang memang sinonim dengan sebuah MINI. BMW Malaysia juga optimis bahawa jentera ini akan menyumbang kepada  kejayaan jenama MINI di Malaysia.

 BMW 07

“Sehingga Mei 2013, jenama MINI mencapai pertumbuhan sebanyak 15 peratus berbanding tempoh sama tahun lepas. Sebanyak 161 buah MINI telah terjual tahun ini berbanding 140 buah pada tahun lalu. Kami jangka jumlah jualan akan terus meningkat berikutan pengenalan MINI Countryman CKD,” tambah Dr. Pils.

 P90124225

MINI Countryman CKD terdiri daripada dua pilihan enjin 1.6-liter iaitu MINI Cooper Countryman dan MINI Cooper S Countryman ALL4. Enjin pada MINI Cooper Countryman berupaya menghasilkan kuasa maksimum 88 kW/120 hp dengan prestasi pecutan dari 0 hingga 100 km/j dalam tempoh 11.6 saat. Purata penggunaan minyaknya ialah sebanyak 7.6 liter bagi setiap 100km.

 P90124221

MINI Cooper S Countryman ALL4 pula menggunakan khidmat enjin petrol empat silinder 1.6-liter dengan sistem pengecas turbo twin-scroll, sistem pancitan terus bahan api yang disokong oleh sistem pengurusan injap boleh ubah sepenuhnya (Valvetronic BMW). Kuasa maksimum yang mampu dihamburkannya adalah sebanyak 135kw/184 hp. Ini  membolehkannya memecut dari 0 hingga 100 km/j dalam masa 8.3 saat.

 P90119773_highRes

Kedua-dua enjin tersebut dipadankan dengan kotak gear enam kelajuan automatik yang dibezakan oleh nisbah gearnya. MINI Cooper S Countryman ALL4 juga menggunakan sistem pacuan semua roda yang menawarkan kualiti pemanduan kelas A.

 9032184986_f1a3aa200b_h

MINI Cooper Countryman dipasang dengan rim aloi 5-Star bersaiz 17 inci. Sementara  MINI Cooper Countryman S pula menggunakan set rim aloi dengan reka bentuk Turbo-Fan berukuran 18 inci. MINI Countryman hadir dengan 11 pilihan warna menarik seperti putih, hitam, perak, kelabu, biru, merah dan tembaga.

 P90124175

Harga runcit (atas jalan dengan pendaftaran persendirian, tanpa insurans, termasuk pakej servis MINI Tender Loving Care) bagi MINI Countryman CKD:

MINI Cooper Countryman – RM 218,888 (sebelum ini RM248,888)

MINI Cooper S Countryman ALL 4 – RM 258,888 (sebelum ini RM285,888)

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button