Pandu Uji

MINI ONE – RM146,888

Memiliki personaliti tersendiri, MINI Malaysia memperkenalkan semula varian MINI One pada minggu lepas. MINI One merupakan versi edisi terhad yang pernah ditawarkan kepada pengguna tempatan sejak dua tahun lalu dan menerima sambutan menggalakkan.

“MINI sentiasa menjadi simbol kepada keseronokan pemanduan urban. Ia menyerlahkan elemen keterujaan yang dijanjikan oleh setiap model MINI. Terutama  menerusi pengendaliannya seperti sebuah go-kart dan karekter semula jadi MINI yang efisien dari segala aspek. Sekali gus menjadi faktor kepada kejayaan MINI hingga ke hari ini.

“Sejak awal lagi, kisah kejayaan MINI One sentiasa dikaitkan dengan prestasi dan sifat ‘nakalnya’,” kata Ketua Pegawai Eksekutif BMW Group Malaysia, Dr. Gerhard Pils.

MINI One (7)

Dr. Pils juga yakin bahawa tarikan kepada jenama MINI di Malaysia kian bertambah. Maka, MINI One yang eksklusif ini pastinya sama popular seperti model terdahulu  apabila semua unit dapat dijual dalam tempoh singkat.

Tahun lalu, MINI mencatatkan pencapaian memberangsangkan di Malaysia dengan pertumbuhan sebanyak 13 peratus. Di samping pembukaan tiga pusat pengdaran baharu di Sabah, Sarawak dan Bangsar.

“Tahun ini, kami akan memperbaiki rekod tersebut. Saya percaya MINI One akan membantu kami mencapai sasaran ini dan terus menarik perhatian peminat MINI,” tambah Dr. Pils.

MINI One (2)

Jentera ini dijana oleh unit enjin empat silinder bersesaran 1.6 liter berkuasa 92hp dan tork 150Nm. Ia dipadankan dengan kotak gear enam kelajuan automatik. Tahap penggunaan bahan apinya juga bagus iaitu sekitar 6.7 liter untuk setiap 100 kilometer (km) dengan emisi cuma 156 gram bagi setiap km.

MINI One tampil dalam dua warna menawan, merah dan putih. Ia turut dipasang dengan rim aloi bersaiz 15 inci (rim 5-Star Twin Spoke) sebagai ciri standard. Selain beberapa penambahan seperti butang pelbagai fungsi, stereng sport, alat pengesan hujan, kawalan lampu automatik, radio MINI Boost dan kit bebas tangan Bluetooth dengan ciri antara muka USB.

MINI One (3)

Pakej servis MINI Tender Loving Care (TLC) juga ditawarkan sebagai opsyen dengan bayaran sebanyak RM4,088. Ia meliputi aspek pemeriksaan dan baik pulih komponen selama tiga tahun atau perbatuan sehingga 50,000km (mana-mana tiba dahulu). MINI TLC melibatkan pertukaran minyak enjin, menyelenggara penapis udara, penapis mikro, palam pencucuh, bendalir brek, pad dan cakera brek, klac serta banyak lagi.

MINI One ditawarkan pada harga RM146,888 seunit (di atas jalan, tidak termasuk insurans).
[hr]

Galeri

MINI One (1)MINI One (4)MINI One (5)MINI One (6)

 

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button