Pandu Uji

MITSUBISHI ASX DESIGNER EDITION

Mitsubishi Motors Malaysia (MMM) semalam memperkenalkan tawaran terbaharunya iaitu Mitsubishi ASX Designer Edition.

Mitsubishi-ASX-Designer-Edition-mekanika (1)

Terhad kepada 180 unit sahaja, Mitsubishi ASX Designer Edition mendapat sentuhan pereka fesyen terkenal tanah air, Rizalman Ibrahim. Model penuh gaya ini pastinya sesuai untuk mereka yang mahukan eksklusiviti.

Didatangkan hanya dalam varian 4WD dengan warna kelabu (Titanium Grey), nilai estetik model ini merangkumi rim aloi berwarna hitam matte bersaiz 17 inci. Penampilan sporty itu diteruskan dengan garis badan berwarna kelabu yang bermula dari bonet hinggalah ke pintu belakang.

Mitsubishi-ASX-Designer-Edition-mekanika (10)

Antena standard telah ditukar dengan antenna berbentuk sirip yang dibangunkan khas. Ia membuatkan garis bumbung kelihatan lebih bersih dan aerodinamik. Bahagian  belakang pula dipasang dengan satu spoiler besar bersama lampu brek ketiga. Tidak ketinggalan, bahagian hujung ekzos menerima kemasan krom gelap.

Mitsubishi-ASX-Designer-Edition-mekanika (5)

Meninjau ke ruang dalaman, perubahan nyata lebih ketara menerusi kopmbinasi warna baharu seperti pada tempat duduk yang dibalut kulit, tombol gear, panel pintu dan perehat tangan. Warna kelabu dan kuning dipilih untuk menyerlahkan sifat maskulin  ASX sama ada di atas jalan atau di laluan off-road.  

Mitsubishi-ASX-Designer-Edition-mekanika (9)

“ASX yang dipasang tempatan nyata berjaya menarik perhatian ramai sejak Februari lalu. Namun, kami ingin menawarkan sesuatu yang unik kepada para pelanggan. Sebab itulah kami mengambil keputusan untuk bekerjasama dengan pereka fesyen terkenal, Rizalman Ibrahim dalam menghasilkan ASX Edisi Terhad,” kata Ketua Pegawai Eksekutif MMM, Tetsuya Oda.

Menurut Rizalman, beberapa tona kelabu berbeza yang digunakan pada ASX Designer Edition sebenarnya mewakili kekuatan ASX. Sementara warna kuning pula menyerlahkan elemen keseronokan dan kontras yang cukup sesuai pada bahagian kabin ASX.

Mitsubishi-ASX-Designer-Edition-mekanika (4)

Dari segi mekanikalnya, ASX Designer Edition masih menggunakan khidmat enjin MIVEC bersesaran 2.0 liter. Enjin yang mampu menjana kuasa mencecah 150PS dan tork 197Nm itu dipadankan dengan kotak gear INVECS-III CVT (Continuous Variable Transmission) bersama Sports Mode enam kelajuan.

Mitsubishi-ASX-Designer-Edition-mekanika (6)

ASX Designer Edition ditawarkan pada harga RM131, 801 seunit, hanya penambahan sekitar RM3,000 berbanding model ASX 4WD standard.

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button