Pandu Uji

NISSAN SERENA S-HYBRID

Kelmarin, Nissan menyertai Honda dan Toyota dalam menawarkan produk hibrid kepada pengguna tempatan. Nissan bagaimanapun tampil berbeza, ia menawarkan MPV, sesuatu yang baru untuk pasaran hibrid di Malaysia. 

SONY DSC

Nissan Serena S-Hybrid membuat debut di pasaran Jepun pada 1 Ogos 2012 dan Malaysia menjadi negara pertama di rantau Asean yang menerima produk ini. Di Jepun, minivan ini mendapat sambutan hangat. Malah, jualannya mengatasi model-model sekelasnya seperti Toyota Voxy, Noah dan Honda Stepwgn.

front-side view (right)

Sebagai sebuah jentera hibrid dengan enjin berkapasiti 2,000cc, Serena S-Hybrid menikmati pengecualian cukai daripada kerajaan. Dijadual tamat pada 31 Disember 2013, pengecualian cukai tersebut membolehkan pengedar kenderaan Nissan di Malaysia, Edaran Tan Chong Sdn. Bhd. (ETCM) menawarkan Serena S-Hybrid pada harga RM149,500 (di atas jalan termasuk insurans). Cukup kompetitif.

ETCM juga menyatakan bahawa ia akan terus menjual model Serena sedia ada. Memandangkan sasaran pelanggannya lebih berorientasikan komersial, ia dilihat tidak akan menjadi saingan atau menjejaskan jualan model hibrid ini.

SONY DSC

Sejak tempahan dibuka, Serena S-Hybrid mendapat maklum balas positif. Sehingga kini, lebih 500 unit jentera tersebut telah ditempah. ETCM mensasarkan untuk menjual 350 unit Nissan Serena  S-Hybrid sebulan dan 2,000 unit menjelang akhir tahun ini.

Kehadiran Nissan Serena  S-Hybrid nyata melengkapkan lagi tawaran model MPV oleh ETCM. Jika anda mahukan MPV pada harga mampu milik, dapatkan Grand Livina. Jika ada bajet lebih, beli sahaja model hibrid dan MPV mewahnya iaitu Nissan Elgrand.

garaj - serena hybrid (1)

Serena  S-Hybrid dikuasakan oleh satu sistem hibrid kompak yang terdiri daripada  enjin petrol MR20DD empat silinder DOHC dengan pancitan terus Twin CVTC (Continuously Variable Valve Timing). Enjin itu dipadankan dengan kotak gear XTRONIC CVT generasi terkini bersama ciri Adaptive Shift Control (ASC).

Enjin MR20DD mampu menghasilkan kuasa sehingga 147PS @ 5,600rpm dan tork 210Nm @ 4,400rpm.

garaj - serena hybrid (9)

Harus tahu bahawa sistem hibrid pada model ini tidak sama seperti yang ada pada model hibrid keluaran Honda atau Toyota. S-Hybrid (S = Smart dan Simple) merujuk kepada sistem mikro hibrid yang ringkas dan kompak. Ia melibatkan motor Energy Control Motor (ECO) yang telah dinaik taraf.

ECO bertindak sebagai motor sokongan untuk meningkatkan output kuasa dan kemampuan proses janaan semula tenaga. Sistem hibrid ini juga menambah satu lagi bateri yang diletakkan pada ruang enjin untuk menambah kapasiti penyimpanan tenaga bagi menguasakan ECO Motor. Dengan sistem ini, kuasa enjin tidak diperlukan untuk menggerakkan kenderaan dan menghidupkan komponen elektik kenderaan.

USA, California, San Simeon, Gorda, View of empty coastal road, elevated view

Ini sekali gus dapat menjimatkan penggunaan bahan api. Nissan mendakwa jentera ini mampu mencatat penggunaan minyak terbaik dalam kelasnya iaitu 15.2 kilometer bagi setiap liter. Angka itu diperoleh menerusi ujian JC08 Jepun.

Sistem S-Hybrid turut menampilkan sistem Idling Stop yang mematikan enjin secara automatik apabila kenderaan berhenti dalam kesesakan trafik. Enjin akan dihidupkan semula dalam tempoh 0.3 saat apabila pedal brek dilepaskan.

SONY DSC

Urusan masuk dan keluar dari Nissan Serena  S-Hybrid sangat mudah dengan pintu gelongsor berkuasa di kedua-dua belah sisi kenderaan. Anda hanya perlu menekan butang pada hendal pintu untuk mengoperasikan pintu gelongsor yang menawarkan bukaan terbesar dalam kelasnya (selebar 802mm dan tinggi 1,308mm).

Pintu itu juga boleh dibuka dengan menekan butang pada kunci i-Key atau butang yang ada pada papan pemuka di bahagian pemandu.

ETCM0426 Almera Print op1B

Sebagai sebuah MPV keluarga, aspek praktikaliti dan fleksibiliti memang diberi perhatian khusus. Ruang dalamannya yang luas disempurnakan dengan lapan tempat duduk yang menawarkan sehingga 14 konfigurasi berbeza.

Tempat duduk pintar (Smart Multi Centre Seat) boleh ditolak di sepanjang laluan tengah kenderaan. Ia boleh berfungsi sebagai ruang storan tambahan pada baris pertama, sebagai tempat duduk ekstra di baris kedua atau berperanan sebagai meja untuk dikongsi oleh penumpang di tempat duduk baris ketiga.

garaj - serena hybrid (8)

Tidak seperti MPV konvensional, tempat duduk ketiga MPV itu boleh diakses melalui arah berbeza. Sama ada melalui bahagian tengah atau sebelah kiri, ini boleh dilakukan dengan melipat atau menolak kerusi kapten barisan kedua (sebelah kiri) ke arah tempat duduk sebelah kanan.

Tempat duduk baris ketiga pula direka supaya mudah dilipat ke atas dan disimpan, sekali gus memberikan ruang kargo yang luas. Ini adalah tambahan kepada ruang storan yang terletak di bawah tray bagasi yang boleh menempatkan kereta tolak bayi atau sebuah beg golf tanpa sebarang masalah. Pendek kata, anda boleh mengubah suai kedudukan tempat duduk berdasarkan keperluan semasa.

slider dlm (2)

Di ruang kabin, pemandu dialu-alukan oleh reka bentuk papan pemuka yang futuristik dan kemas. Ia menampilkan Eco Driver Navigator yang memberi panduan kepada pemandu untuk memaksimumkan kecekapan penggunaan bahan api.

Nissan Serena S-Hybrid didatangkan dalam satu gred premium iaitu Highway Star.  Maka ia menggunakan kemasan dalam berwarna gelap. Bukan itu sahaja, ia turut hadir bersama rim aloi 16 inci serta suspensi sports.

garaj - serena hybrid (6)

Anda boleh memilih antara ungu gelap, hitam, putih dan perak. MPV ini juga hadir  bersama jaminan selama tiga tahun atau perbatuan sejauh 100,000km (mana-mana tiba dahulu).

Sepanjang tempoh promosi, para pelanggan yang membeli Nissan Serena  S-Hybrid akan diberi sistem Multimedia Navigator bersaiz 6.5 inci secara percuma dengan kamera pandang belakang, pemain DVD, ketersambungan iPod, USB & Bluetooth bernilai RM3,300 (sah sehingga stok masih ada).

garaj - serena hybrid (3)

Jika tidak cukup, anda boleh membeli aksesori tambahan seperti panel LCD bersaiz 10.1 inci yang dipasang pada bumbung, visor pintu, kombinasi kemasan dalaman kulit dan tinted cermin tingkap.

“Pengguna bukan sahaja mahukan sebuah MPV yang boleh memuatkan seluruh keluarga dengan selesa, malah MPV berkualiti tinggi bersama ciri premium dan fleksibiliti. Jadi, kami percaya bahawa Nissan Serena  S-Hybrid dapat memenuhi keperluan ini,” kata Pengarah Pemasaran dan Perancangan Produk ETCM, Tan Keng Meng.

[hr] Spesifikasi Nissan Serena S-Hybrid

Enjin: MR20DD empat silinder DOHC dengan pancitan terus Twin CVTC

Transmisi: Kotak gear XTRONIC CVT generasi terkini dengan Adaptive Shift Control

Kuasa maksimum: 147PS @ 5,600rpm

Tork maksimum: 210Nm @ 4,400rpm

Sistem S-Hybrid: Motor ECO dengan generator dan bateri kedua

Suspensi hadapan: Topang MacPherson

Suspensi belakang: Torsion beam

Kapasiti tangki: 60 liter

[hr] Galeri

SONY DSCeco mode & auto sliding door switchesgaraj - serena hybrid (4)garaj - serena hybrid (5)

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button