Pandu Uji

NISSAN X-TRAIL: 2WD & 4WD

Mahu kembali mengusai segmen SUV tempatan, Edaran Tan Chong Motor Sdn. Bhd. (ETCM) baru-baru ini melancarkan crossover inovatifnya, Nissan X-Trail serba baharu. 

Nissan-X-Trail-2015-mekanika (21)

Nissan X-Trail generasi ketiga itu ditawarkan dalam dua varian iaitu 2.5L 4WD dan 2.0L 2WD. Sejak tempahan dibuka pada Disember lalu, Nissan X-Trail telah menerima lebih 1,300 tempahan sehingga kini.

Sejak memperkenalkannya pada tahun 2003, lebih 19,000 unit Nissan X-Trail sudah terjual.

Nissan-X-Trail-2015-mekanika (2)

Nissan X-Trail yang dipasang tempatan ini menampilkan teknologi perintis seperti Active Chassis Control. Ia disifatkan sebagai teknologi pertama seumpamanya di dunia yang memastikan pengalaman pemanduan adalah lancar dan bebas tekanan.

Sistem Active Ride Control berfungsi mengurangkan rasa bergegar yang dialami oleh para pemandu ketika melalui jalan tidak rata dengan mengawal kuasa tork enjin dan brek. Manakala sistem Active Engine Brake pula mengubah suai jumlah tekanan brek enjin bagi membantu pemandu mengurangkan kelajuan ketika hendak mengambil selekoh atau berhenti.

Nissan-X-Trail-2015-mekanika (4)

Sebagai tambahan, sistem Active Trace Control yang pertama pada kenderaan Nissan akan mengenakan sedikit kuasa brek kepada tayar-tayar tertentu secara automatik. Ini bagi mengurangkan masalah understeer, selain membantu pemandu mengawal kenderaan ketika melalui selekoh.

Varian 2.5L dilengkapi ALL MODE INTELLIGENT 4×4 System (4×4-i). Ia menawarkan tiga mode iaitu pacuan dua roda, Auto Mode yang menukar agihan kuasa tork di antara roda depan dan belakang secara automotik semasa memandu dan Lock Mode untuk pemanduan pacuan empat roda sepanjang masa.

Nissan-X-Trail-2015-mekanika (11)

Ciri yang didatangkan pada kedua-dua varian, Hill Start Assist memastikan kenderaan tidak tergelongsor ketika ingin memulakan perjalanan di laluan berbukit.

Ciri Hill Descent Control (varian 2.5L 4WD) pula mengawal kelajuan kenderaan di antara 4 -15km/j ketika menuruni laluan berbukit yang curam atau licin tanpa perlu menekan brek.

SONY DSC

Varian 2.5L 4WD dikuasakan oleh enjin QR25DE-k2 dengan sistem Twin CVTC. Ia mampu menjana kuasa sehingga 171 PS @ 6,000rpm dan tork 233Nm @ 4,000 rpm. Varian 2.0L 2WD dibekalkan dengan unit enjin MR20DD dengan sistem  pancitan bahan api dan Twin CVTC yang berupaya menghasilkan kuasa mencecah 144PS @ 6,000rpm dan tork maksimum 200Nm @ 4,400rpm.

Kedua-dua varian enjin ini dipadankan bersama kotak gear Xtronic CVT generasi seterusnya bersama mode manual 7 kelajuan untuk pemanduan lancar dan prestasi yang penuh kuasa. Selain Mode ECO bagi menawarkan penjimatan bahan api lebih baik.

Nissan-X-Trail-2015-mekanika (15)

Dengan reka bentuk kemas dan penuh gaya, Nissan X-Trail nyata mengambil sejumlah rekaan signatur Nissan. Misalnya, lampu nyalaan siang LED berbentuk boomerang, gril Nissan berbentuk V dan kombinasi lampu belakang yang merupakan ciri standard pada kedua-dua varian.

Varian 2.5L 4WD dibezakan menerusi lampu utama LED dengan fungsi Auto serta lampu isyarat membelok LED. Roof Rails dan rim aloi bersaiz 17 inci pula memberikan Nissan X-Trail penampilan yang lebih menarik.

Nissan-X-Trail-2015-mekanika (18)

Ruang dalaman diserlahkan melalui material berkualiti tinggi pada panel instrumen, pintu hadapan dan perehat tangan di konsol tengah. Sentuhan berwarna perak, kemasan krom, metalik geometrik serta premium piano black nyata mencetuskan ambien dalaman yang moden.

Konfigurasi tempat duduk 5+2 sememangnya menawarkan keluasan kabin yang luar biasa. Kapasiti kargonya juga mengagumkan iaitu 1,520 liter (apabila tempat duduk baris kedua dan ketiga dilipat rata) dan 550 liter (jika tempat duduk baris ketiga dilipat sepenuhnya).

Image converted using ifftoany

Ciri-ciri lain yang berfungsi menawarkan pelanggan lebih keselesaan dan keselamatan ialah tempat duduk berinspirasikan sifar graviti (Zero-Gravity Inspired’ Seats) yang membantu mengurangkan keletihan.

Paparan Bantuan Pemanduan Termaju (Advanced Drive Assist Display, ADAD) bersaiz lima inci memberi kemudahan ketika memandu. Sementara ciri 360° Around View Monitor yang pertama dalam kelasnya berfungsi memudahkan urusan memarkir kenderaan.

Nissan-X-Trail-2015-mekanika (9)

Nissan X-Trail hadir bersama satu rangkaian sistem keselamatan yang dipasang sebagai ciri standard untuk semua varian. Ini termasuklah dua beg udara SRS, Vehicle Dynamic Control (VDC), Traction Control System (TCS) dengan Active Brake-Limited Slip (ABLS), Anti-Lock Braking System (ABS) dan Electronic Brake Force Distribution (EBD) dengan Brake Assist (BA).

Semasa majlis pelancaran, ETCM turut menyerahkan kunci kepada tiga pemilik pertama X-Trail serba baharu di Malaysia iaitu En. Chea Yaw Hwa, Ahmad Sulhi bin Ghazali dan K.B Moganarajan A/L K.T Balakrishnan.

Nissan-X-Trail-2015-mekanika (17)

X-Trail serba baharu ditawarkan pada harga RM165,800 untuk varian 2.5L 4WD dan  RM142,800 bagi varian 2.0L 2WD (harga di atas jalan termasuk insurans di Semenanjung Malaysia). Ia didatangkan dalam lima warna iaitu perak, hijau, hitam, biru dan putih.

Sempena pelancaran Nissan X-Trail serba baharu, ETCM menawarkan jaminan selama tiga tahun atau perbatuan sejauh 100,000km (mana-mana tiba dahulu). Ia turut hadir dengan servis penyelenggaraan percuma selama tiga tahun.

Nissan-X-Trail-2015-mekanika (13)

Saya berpeluang menyertai sesi pandu uji Nissan X-Trail ke Lumut, Perak sebaik sahaja majlis pelancarannya tamat. Secara ringkasnya, saya boleh katakan bahawa Nissan X-Trail ini memang melepasi ekspektasi.

Nantikan ulasan lanjut mengenainya di laman web ini tidak lama lagi!

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button