PANDU UJI: IA SEBUAH SUV 7 TEMPAT DUDUK, IA JEPUN, MITSUBISHI DAN IA SANGAT OK

SHARE

Kenderaan Sport Utiliti (SUV) adalah trend pada hari ini. Ia adalah “musim” di mana semua orang cuba beralih daripada kereta penumpang kepada kenderaan jenis ini. Apa lagi bila segala ciri-ciri lazim kereta penumpang sudah ada pada SUV dan memandu SUV moden berbadan monocoque juga tak jauh berbeza dengan sebuah kereta sedan.

Tak macam zaman Pajero dan Land Cruiser, SUV moden kini jauh lebih sedap dipandu daripada SUV yang pernah dibina pada dekad 90-an.

Tapi Mitsubishi? ada ke SUV urban Mitsubishi selain Pajero dan ASX?

Ada. Outlander.

Ia mungkin tidak seramai CR-V, Xtrail, Forester dan CX-5 tapi melihat pada senarai peralatan yang ditawarkan, Outlander mungkin antara yang terbaik di kalangan pemain Jepun di pasaran tempatan.

Ya. kami masih lagi berfikir bahawa di negara tropika, Jepun adalah pembuat kereta yang ideal. Enjin lebih tahan lasak, bahagian plastik yang tak mudah mencair, langsir sunroof (kalau ada) pun masih kukuh di tempatnya dan kotak gear 3 kelajuan automatik zaman dinosur yang kuno tetapi jarang sekali menyebabkan anda terkandas tepi jalan.

Bagi sebuah keluarga berpendapatan sederhana, mencari kenderaan SUV dengan tujuh tempat duduk pula merupakan cabaran dari pelbagai sudut. Yang ada di pasaran samada di luar bajet seperti CX-9, Volvo XC90 atau pilihan dari Korea Selatan seperti Kia Sorento. Pun begitu pilihan jenama Jepun yang ada ialah X-Trail dan Outlander. 

BACA: 10 ENJIN TERBAIK JEPUN HINGGA KE HARI INI

Saya ambil sedikit masa untuk menulis SUV ni. Apa lagi minggu sebelumnya saya memandu CX-9 yang sangat premium dan sedap.

Baiklah, ia sebuah SUV bandar yang telah berjaya di pasaran global. Outlander bukanlah rangakaian model baru, sebenarnya ia telah bermula seawal generasi Airtrek lagi.

Ketika dilancarkan pada 2015, Outlander hanya datang dalam versi import penuh. Namun pada harga RM166,000, ia kurang mendapat perhatian, walaupun didatangkan dengan spesifikasi bagus seperti enjin 2.4L, sunroof, tujuh tempat duduk, lampu LED dan sebagainya.

Mitsubishi Motors Malaysia (MMM) sedar, di wilayah pasaran yang kompetitif ini, mereka perlu meletakkan tanda harga yang betul. Justeru pada tahun lepas mereka telah melancarkan versi CKD pada harga RM139,000. Walaupun dipadankan dengan enjin 2.0 liter, tanpa sunroof dan LED, ia masih lagi dengan sistem pacuan 4WD dan masih antara yang terbaik dalam kelasnya.

Dan kelebihan Outlander ialah kerusi tambahan di barisan ketiga. Sejujurnya, ia tidak selesa untuk orang dewasa, namun seperti yang saya katakan tadi, SUV ini direka untuk keluarga kecil yang berpendapatan sederhana. Jika anda benar-benar mahukan kerusi ketiga yang selesa, tiada kenderaan yang wujud pada julat harga ini, kecuali sebuah MPV.

ENJIN 4B11 MIVEC GENERASI BARU

Menurut Mitsubishi, enjin 2.0 yang turut digunakan pada ASX itu telah ditambah baik, ia lebih ringan dan 10 peratus lebih senyap. Namun saya sedikit tidak berapa gemar dengan transmisi CVT yang ada efek “kenyal” jika enjin dipaksa. Kotak gear INVECS-III CVT itu bagaimanapun dapat menghantar kuasa yang memuaskan ke permukaan jalan – Ia mengambil sedikit masa untuk menyesuaikan teknik memandu dengan transmisi CVT begini jika anda tidak biasa.

Penggunaan bahan api yang berjaya dicatat sepanjang seminggu memandu Outlander ini ialah sekitar 13.7km/l, agak bagus untuk sebuah kenderaan tujuh tempat duduk bersama pacuan empat roda.

Aspek keselamatan dimantapkan lagi dengan tawaran tujuh beg udara, kawalan cengkaman, Hill Start Assist, Active Stability Control dan amaran supaya pemandu berehat selepas beberapa jam memandu. Sebagai perbandingan, X-TRail dari varian yang sama (2.0) hanya dibekalkan dengan dua beg udara dan sistem pacuan 2WD sahaja.

Dari segi penampilan, Outlander CKD menyerlah dengan bahasa rekaan baharu Mitsubishi. Bahagian hadapan dilengkapi gril radiator krom yang lebar sehingga ke bampar bawah. Sepasang lampu halogen dan lampu kabus juga dipasang untuk melengkapkan rupanya yang garang.

Pengendalian sebuah SUV lazimnya masih tidak sebaik sebuah sedan. Ia adalah fizik sebuah kenderaan dengan titik graviti yang lebih tinggi dan kurang rintangan angin.

Namun bagi Mitsubishi, dengan memiliki kepakaran sistem 4WD pada sedan seperti Evolution dan SUV Evo seperti Airtrek ditambah pengalaman bertahun di kejuaraan rali Dakar, apalah sangat nak nak sempurnakan sebuah Outlander.

Saya masih ingat sewaktu sesi pandu uji media di kawasan parkir Stadium Shah Alam bagi menguji keunikan ciri 4WD ECO, 4WD Auto dan 4WD Lock. Ujian itu cukup ringkas. Peserta hanya perlu memandu Outlander mengikut kon yang telah disusun pada kelajuan ditetapkan di atas permukaan yang dibasahkan. 

Pada pusingan pertama, Outlander diletakkan dalam mode 4WD ECO sebelum ditukar kepada 4WD Auto. Walaupun ia nampak mudah, ujian itu jelas menunjukkan perbezaan di mana pemandu akan rasa badan kenderaan kurang olengan ketika menggunakan mode 4WD Auto berbanding 4WD ECO.

Sekarang ada waktu terbaik untuk membeli kereta. Seperti yang kami pernah kami beritahu sebelum ini, kita tidak pernah merasai “percutian cukai” begini. Sifirnya mudah, setiap RM100,000, anda jimat RM6,000.

Untuk promosi Aidilfitri pula, MMM menambah rebat RM4,000 dan jika dihitung dengan penjimatan GST, keseluruhannya berjumlah hampir RM12,000. Menarik kan?

Dan jika Outlander bukan pilihan anda, MMM juga menawarkan banyak lagi promosi pada model-model lain yang sukar ditolak.

Dah lah tak ada GST, dapat rebat lagi. Hah tunggu apa lagi?

Model Harga + 6% GST Harga + 0% GST Bonus Tunai Harga akhir
Triton Athlete RM126,990 RM119,866 RM4,000 RM115,866
Triton VGT Adventure X RM126,990 RM119,866 RM4,000 RM115,866
Triton VGT AT Premium RM116,300 RM109,782 RM12,000 RM97,782
Triton VGT AT GL RM103,800 RM97,989 RM4,000 RM93,989
Triton VGT MT RM107,600 RM101,574 RM4,000 RM97,574
Triton MT RM93,920 RM88,670 RM8,000 RM80,670
Triton Quest RM77,390 RM73,076 RM8,000 RM65,076
Outlander2.4L RM154,988 RM146,276 RM4,000 RM142,276
Outlander2.0L RM139,988 RM132,109 RM4,000 RM128,109
ASX 2WD RM119,100 RM112,400 RM8,000 RM104,400
ASX 4WD RM134,300 RM126,739 RM8,000 RM118,739

GALERI

 

Share this post

scroll to top