Pandu Uji

PERODUA AXIA – INFO TAMBAHAN

Tengah hari tadi, Mekanika Malaysia telah dijemput oleh pihak Perodua untuk memandu uji model terbaharunya, Axia. 

SONY DSC

Biarpun hasil pandu uji tidak boleh didedahkan sehingga majlis pelancaran Axia bulan depan, Perodua bagaimanapun berkongsi beberapa maklumat penting, terutama bagi mereka yang ingin memiliki kereta kompak tersebut.

Axia akan ditawarkan dalam empat varian iaitu Standard E (MT dan AT), Standard G (MT dan AT), SE (MT dan AT) dan Advanced (AT sahaja). Harga anggaran yang ditawarkannya juga cukup menarik iaitu bermula RM24,900 seunit (di atas jalan termasuk insurans). Sementara varian tertingginya berharga RM45,300 seunit.

P0020_14_Teaser Flyer-BM

Varian-varian tersebut dibezakan melalui kemasan, bahagian hadapan dan aksesori yang dipasang padanya.

Model yang diiktiraf sebagai kenderaan cekap tenaga (EEV) yang pertama di Malaysia ini dikuasakan oleh unit enjin baharu aluminium sepenuhnya (pertama untuk kenderaan Perodua). Ia kemudian dipadankan bersama kotak gear manual lima kelajuan atau empat kelajuan automatik.

Axia-mekanika (3)

Kereta segmen A itu dibina di atas platform Daihatsu. Namun, semua bahagian atasnya dihasilkan sendiri oleh Perodua selepas mengambil kira maklum balas serta cadangan daripada para pelanggannya.

Perodua mendakwa Axia ialah kereta keluarannya yang paling ekonomikal setakat ini. Ia mampu mencatat penggunaan bahan api sekitar 21.6 km/l untuk varian manual dan 20.1 km/l bagi model automatik.

Axia SE Yellow

Bukan itu sahaja, ruang kargo belakangnya juga lebih besar daripada Myvi dengan kapasiti mencecah 260 liter. Jadi setakat nak balik kampung dan bawa empat beg pakaian memang tidak ada masalah.

Sejak dibuka pada Jumaat lalu, Axia telah menerima lebih 3,500 tempahan. Menurut Perodua, pihaknya meletakkan sasaran untuk menjual sekitar 30,000 unit Axia pada tahun ini.

AXIA Logo_BM

Lebih menarik lagi, Axia juga menjadi model pertama yang ditawarkan jaminan selama lima tahun daripada Perodua. Macam mana, suka?

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button