Pandu Uji

PERODUA MYVI BAHARU DILANCARKAN!

Perodua menamatkan penantian model popularnya apabila melancarkan Myvi yang telah ditambah baik pada minggu lalu.

Myvi-facelift-2015-mekanika (7)

Model terbaharu ini dikatakan menawarkan nilai yang lebih hebat buat para pelanggan. Sebabnya, penambahbaikan Myvi ini melibatkan aspek keselamatan, gayaan dan posisi harga yang lebih baik.

Myvi sememangnya model kegemaran rakyat Malaysia. Buktinya, sehingga kini ia berjaya mencatat jualan lebih 800,000 unit. Sekali gus menjadi model terlaris Perodua hingga ke hari ini.

Myvi-facelift-2015-mekanika (2)

“Kami mensasarkan untuk menjual  6,000 unit Myvi baharu sebulan,” kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Datuk Aminar Rashid Salleh.

Myvi ditawarkan dalam dua segmen yang mempunyai empat varian. Model 1.3 liter didatangkan dengan varian Standard G (MT/AT) dan satu varian baharu iaitu Premium X (AT sahaja).

Myvi-facelift-2015-mekanika (15)

Sementara Myvi berkapasiti 1.5 liter melibatkan varian Myvi SE 1.5 (MT/AT) dan Myvi Advance Version (AT sahaja). Harganya pula bermula dari RM41,500 hingga RM58,900 untuk pasaran Semenanjung Malaysia.

Bagi memeriahkan tawarannya, Myvi menampilkan dua warna metalik yang baru iaitu biru (varian SE dan Advanced) serta dan warna goldf (varian Standard G dan Premium X). Kedua-duanya menyertai warna sedia ada seperti oren, ungu, perak dan putih.

Myvi-facelift-2015-mekanika (13)

Aspek keselamatan Myvi kini lebih baik dengan penarafan empat bintang oleh pihak ASEAN NCAP. Ia diperolehi selepas struktur kereta ini telah dipertingkatkan bagi menahan impak kemalangan dari arah hadapan.

Bukan itu sahaja, Myvi dilengkapi sensor membelok pada bahagian hadapan yang boleh diaktifkan oleh pemandu berdasarkan kepada keperluan. Kereta kompak itu juga menyediakan penyangkut beg pada tempat duduk penumpang hadapan dan peletak bekas minuman yang mesra pengguna.

Myvi-facelift-2015-mekanika (19)

Myvi turut diperkemaskan dengan sistem multimedia yang merangkumi kamera undur untuk beberapa varian terpilih.

Menurut Aminar lagi, penambahbaikan yang dibuat adalah berkdasarkan kepada kajian ekstensif demi memberi nilai terbaik kepada pelanggan. Malah, nilai penambahbaikan ciri dan penurunan harga melibatkan proposisi nilai sebanyak RM4,500.  

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button