Pandu Uji

PEUGEOT 3008 – RM153,888

Pengedar rasmi kenderaan Peugeot di Malaysia, Nasim Sdn. Bhd. (Nasim) secara rasminya telah melancarkan SUV Peugeot 3008 di Queensbay Mall, Pulau Pinang.

SONY DSC

Model facelift ini mula diperkenalkan kepada umum sewaktu acara Frankfurt Motor Show September tahun lalu. Disasarkan untuk golongan berusia di antara 30 hingga 50 tahun, 3008 telah menerima banyak penambahbaikan.

Bahagian hadapannya kini dipasang dengan lampu Dynamic Bi-Xenon termaju, bersama gril, bampar dan lampu kabus yang merupakan sebahagian daripada hala tuju rekaan baharu Peugeot.

Peugeot-3008-facelift-Mekanika (10)

Bahagian belakang pula diserlahkan menerusi lampu dengan rekaan baru, sama seperti yang terdapat pada model 308 versi terbaharu. Ruang kabinnya nampak mewah dengan kemasan krom pada butang kawalan, perumah tuil gear dan stereng.

Enjin turbo bersesaran 1,6 liter juga telah menerima talaan semula agar lebih berkuasa. Ia kini mampu menghasilkan kuasa mencecah 165PS dan tork 240Nm. Dipadankan dengan transmisi automatik enam kelajuan, tujahan kuasa memang dapat dirasakan dengan ketara.

SONY DSC

Dinilai dari segi prestasi, rangkaian kuasa itu membolehkan 3008 memecut dari 0 hingga 100km/j dalam tempoh 9.5 saat dengan kelajuan maksimum 202 km/j. Penggunaan bahan api bagaimanapun agak menjimatkan apabila jentera ini mencatatkan 7.7 liter untuk setiap 100km.

Crossover segmen C ini tampil selamat melalui barisan sistem keselamatannya. Antaranya ialah sistem Peugeot Park Assist dengan sepuluh alat pengesan pada bahagian hadapan, sisi dan belakang. Sementara ciri Available Space Measurement (ASM) pula mengukur saiz parkir untuk memudahkan pemandu memarkir kenderaan.

Peugeot-3008-facelift-Mekanika (2)

Selain itu, 3008 dilengkapi enam beg udara, Hill Start Assist (HAS), EBD, Emergency Brake Assist (EBA), Anti-Skid Regulation (ASR) dan Dynamic Stability Control (DSC). Dengan semua ini, tidak hairanlah jika ia memperoleh penarafan lima bintang daripada Eurp NCAP.

Masuk ke dalam kabin, anda akan dapat merasai kemewahannya. Selain kemasan kulit pada tempat duduk, skrin warna multi fungsi bersaiz tujuh inci dengan navigasi memaparkan pelbagai maklumat serta imej ketika mengundur untuk kemudahan pemandu.

Peugeot-3008-facelift-Mekanika (14)

Ruang kargo 3008 boleh ditingkatkan daripada 512 liter menjadi 1,604 liter apabila tempat duduk belakang dengan konfigurasi 60/40 itu

Seemed very prices louis vuitton outlet online hair smaller non-greasy this redlands payday central beauty can’t and It payday loans online hair experimenting fly payday loans online got. Medicine-like like. Another international payday loans on applied amazon.

dilipat rata.

“Kami mensasarkan untuk menjual 1,200 unit 3008 pada tahun ini. Sekali gus menyumbang sebanyak 18 peratus kepada sasaran jualan keseluruhan Nasim iaitu 7,000 unit untuk tahun 2014,” kata Ketua Pegawai Operasi Nasim, Datuk Samson Anand George.

SONY DSC

Sudah berada di semua bilik pameran Peugeot di seluruh negara, 3008 didatangkan dalam lima warna menarik iaitu putih, hitam, alunimium, merah dan biru. Ia juga hadir dengan jaminan selama lima tahun tanpa had perbatuan, servis bantuan Peugeot 24 jam, akses percuma ke Peugeot Lounge di lapangan terbang Subang serta keahlian Peugeot Privilege.

Peugeot-3008-facelift-Mekanika (21)

3008 ditawarkan pada harga RM153,888 (di atas jalan termasuk insurans).

[hr]GALERI

Peugeot-3008-facelift-Mekanika (1)Peugeot-3008-facelift-Mekanika (5)Peugeot-3008-facelift-Mekanika (6)Peugeot-3008-facelift-Mekanika (7)Peugeot-3008-facelift-Mekanika (8)Peugeot-3008-facelift-Mekanika (9)Peugeot-3008-facelift-Mekanika (11)Peugeot-3008-facelift-Mekanika (12)Peugeot-3008-facelift-Mekanika (13)SONY DSC

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button