Pandu Uji

Subaru XV – Buatan Malaysia Untuk Asean

Subaru XV CKD akan turut dipasarkan ke Indonesia dan Thailand.

Dengan pengenalan model Subaru XV yang dipasang di Malaysia Disember lalu, ia secara tidak langsung menjadi satu loncatan penting bagi jenama Jepun itu di rantau ini. Tidak hanya mengeluarkan kenderaan untuk pasaran tempatan, kilang pemasangan Tan Chong di Segambut turut beroperasi memenuhi permintaan model berkenaan untuk pasaran Asia Tenggara, termasuklah Indonesia dan Thailand.

Ini satu langkah memberangsangkan bagi jenama yang sinonim dengan penghasilan jentera lumba. Malah, ia dilihat sebagai model kenderaan bagi segmen unik dalam pasaran seperti Subaru.

Pemilihan Malaysia sebagai pusat pengeluaran jenama itu untuk negara-negara jiran secara tidak langsung memberi petunjuk bahawa Subaru akan mengukuhkan jenama mereka di sini, termasuk menjadikan Malaysia sebagai pusat pengembangan operasinya.

Selari dengan usaha berkenaan, Motor Image Sdn Bhd selaku pengedar Subaru di Malaysia serta rantau ini bakal membuka tujuh lagi cawangan jualan dan pengedaran di Malaysia.

Sebanyak 65 peratus kenderaan Subaru XV yang dipasang di Malaysia disasarkan untuk pasaran eksport. Sejak model itu diperkenalkan pada September 2012, pengedarnya menerima permintaan yang menggalakkan dari ketiga-tiga pasaran berkenaan.

Justeru, sebanyak 5,000 unit Subaru XV 2.0i dan 2.0i Premium akan dikeluarkan setahun bagi memenuhi permintaan itu.

“Perkembangan ini amat penting bagi kami. Keupayaan untuk mengeluarkan unit CKD bagi model Subaru XV di Malaysia membolehkan kami memanfaatkan perjanjian perdagangan Asean. Ia juga memberi kelebihan kepada Subaru untuk meningkatkan  rangkaian pengedarannya,” jelas Pengarah Eksekutif Tan Chong International Limited, Glenn Tan.

“Inisiatif ini (pemasangan tempatan) juga membuktikan kemampuan dan kepelbagaian kami dalam industri automotif tempatan. Paling penting, mahu mengukuhkan kedudukan di Asia,” tambah Glenn.

Subaru XV dijual di Malaysia pada harga permulaan RM150,00, Indonesia RP338 juta dan Thailand THB1.35 juta.

[hr top]
Gallery
[hr_invisible]


[hr top]

PDF
[hr_invisible]

Mobileye C2-270 Quick Reference Guide
[hr]

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button