Pandu Uji

SUZUKI SWIFT BAHARU – BERMULA RM59,000!

Suzuki Malaysia Automobile Sdn. Bhd. (SMA) semalam secara rasmi membuka tempahan pra-jualan model kompak popularnya, Suzuki Swift.

Suzuki-Swift-facelift-2015-mekanika (3)

Versi baharu yang terkenal dengan prestasi dan pengendalian dinamik itu didatangkan dalam tiga varian iaitu GA, GL dan GLX.

“Berpegang motto kami ‘Swift FUN 365’, kami komited untuk memberikan yang terbaik kepada pelanggan. Direka khas untuk memenuhi keperluan pelanggan yang tidak berkompromi dengan kualiti, versi Swift baharu ini menawarkan keseronokan, gaya dan penjimatan bahan api,” kata Pengarah Urusan SMA, Keiichi Suzuki.

Suzuki-Swift-facelift-2015-mekanika (2)

Bagi varian Swift GA, model entry level itu menerima bampar baharu, rim besi bersaiz 15 inci dan kit membaiki tayar. Varian GA hanya didatangkan dalam warna biru.

Swift GL pula ditambah dengan kemasan perak pada bampar, lampu isyarat membelok pada sisi badan dan rim aloi bersaiz 16 inci. Model ini juga dipasang dengan audio standard dan kawalan manual untuk pendingin hawa. Ia hadir dalam warna merah, kelabu, biru, putih dan Lagoon Turquoise.

Suzuki-Swift-facelift-2015-mekanika (4)

Varian tertinggi, Swift GLX dipasang dengan lampu LED, lampu kabus, cermin sisi boleh lipat, rim aloi sporty bersaiz 16, sistem kemasukan tanpa kunci, butang penghidup enjin, sistem audio bersama skrin sentuh dan navigasi, pendingin hawa automatik serta banyak lagi.

Swift dikuasakan oleh unit enjin bersesaran 1.4 liter yang berupaya menghasilkan kuasa mencecah 95PS. Ia turut dilengkapi beg udara, sistem brek ABS, BA dan EBD.

Suzuki-Swift-facelift-2015-mekanika (1)

Harga anggaran Swift bermula pada RM59,000 (GA), RM65,000 (GL) dan RM73,000 untuk varian GLX (di atas jalan dengan GST, tidak termasuk insurans). Para pelanggan juga akan menikmati jaminan selama lima tahun atau perbatuan sejauh 150,000km.

Suzuki-Swift-facelift-2015-mekanika (6)

Untuk memandu uji Swift baharu, jangan lepaskan peluang untuk mengunjungi siri jelajah SUZUKI FUN 365 pada 25–28 Jun 2015 di Sunway Pyramid; 2–5 Julai 2015 di Gurney Plaza, Pulau Pinang; 24–26 Julai di City di Square, Johor Bahru, 30 Julai – 1 Ogos di Mydin Gong Badak, Kuala Terengganu; 3-9 Ogos di Low Yat Plaza Kuala Lumpur dan 12-16 Ogos di Mid Valley Megamall.

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button