Pandu Uji

TAYAR GOODYEAR ASSURANCE DURAPLUS

Jika mahukan tayar yang tahan lasak dan mampu membawa anda lebih jauh, tayar Goodyear Assurance DuraPlus mungkin satu pilihan terbaik.

Goodyear-Assurance-Duraplus-mekanika (7)

Dilancarkan di ibu negara baru-baru ini,  tayar Assurance DuraPlus dibangunkan bagi membolehkan pemandu memandu sejauh 100,000km. Diperkukuhkan dengan lapisan DuPont™ Kevlar® untuk perlindungan tambahan, pengguna boleh mengharapkan sebuah tayar yang tahan lama dan lebih lasak.

Tayar Assurance DuraPlus Direka untuk kegunaan kenderan bersaiz kecil dan sederhana. Ia hadir bersama versi Teknologi TredLife dan kompaun bunga tayar yang telah dipertingkatkan.  

Goodyear-Assurance-Duraplus-mekanika (8)

“Keperluan pengguna merupakan paksi kepada inovasi tayar kami. Maka, pada hari ini Goodyear Malaysia melancarkan Assurance DuraPlus, tayar untuk kenderaan penumpang yang terbaharu untuk pelanggan yang sangat mementingkan nilai,” kata Pengarah Urusan Goodyear Malaysia, Varin derjit Singh.

Untuk makluman, Teknologi TredLife terdiri daripada tiga elemen utama. Pertama,  kompaun bunga tayar berasaskan kepada karbon termaju. Ia memiliki kandungan karbon yang lebih tinggi bagi meningkatkan ketahanan terhadap masalah kehausan.

SONY DSC

Teknologi itu juga menampilkan rekaan bunga tayar yang lebih besar dan lebar, hasil daripada bentuk kaviti yang telah dioptimumkan. Rekaan ini menyebabkan lebih banyak getah berhubung dengan jalan raya bagi membolehkan bunga tayar tahan lebih lama.

Akhir sekali, jumlah getah yang telah dimaksimumkan memberikan titik hubungan yang lebih tinggi dengan permukaan jalan. Digabungkan dengan corak bunga yang dalam, ia membolehkan lebih banyak getah dapat digunakan. 

SONY DSC

Dimulakan pada tahun 2013, Goodyear Malaysia mengambil keputusan bijak apabila melindungi para pembeli tayar Assurance DuraPlus dengan Program Jaminan Tiada Bimbang. Sebenarnya, Assurance DuraPlus merupakan rangkaian tayar keenam Goodyear yang dimasukkan ke dalam program ini.

Program tersebut berfungsi melindungi tayar daripada bahaya di atas jalan raya seperti pancit, terpotong, lebam dan impak yang berlaku apabila memandu secara normal di atas jalan yang diselenggara dengan baik.

Goodyear-Assurance-Duraplus-mekanika (11)

Dengan tempoh sah selama enam bulan, para pengguna akan diberi tayar ganti secara percuma jika berlaku kerosakan akibat masalah jalan, apabila ketebalan bunga tayar adalah lebih daripada 6.7mm. Sekiranya kerosakan berlaku ketika ketebalan bunga tayar di antara 5.5mm hingga 6.6mm, Goodyear akan memberi kredit untuk pembelian tayar Goodyear baru dengan saiz dan rekaan yang sama.

Untuk pasaran Malaysia, Goodyear Malaysia menawarkan varian untuk rim bersaiz 14” dan 15”, saiz-saiz lain akan ditambah pada masa akan datang.

SAIZ  INDEKS BEBAN RATING KELAJUAN
165/55 R14 72 H
185/60 R14 82 H
185/65 R14  86 
185/70 R14  88 
195/70 R14 91 H
195/60 R15 88 

 

 

195/65 R15 

 

91 

 

 

Tayar Assurance DuraPlus ditawarkan pada harga bermula RM226 hingga RM325 seunit termasuk GST, bergantung kepada saiznya. Para pengguna kini sudah boleh membeli tayar Assurance DuraPlus di cawangan-cawangan Goodyear Autocare, Servitekar dan pengedar sah Goodyear di seluruh negara.

Goodyear-Assurance-Duraplus-mekanika (10)

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Goodyear Assurance DuraPlus, serta tayar-tayar Goodyear yang lain, sila layari laman web http://www.goodyear.com.my/ atau berinteraksi dengan kami menerusi laman Facebook Goodyear Malaysia – https://www.facebook.com/GoodyearMalaysia .

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button