VIDEO PANDU UJI: PEUGEOT 208 GTI – MAMPU SAINGI FD2R DALAM DRAG RACE?

SHARE

Selepas agak lama menyepi, Mekanika Malaysia kembali menghasilkan video pandu uji. Kali terakhir video yang kami hasilkan ialah tentang tiga buah sedan yang ditawarkan oleh Volkswagen Group Malaysia iaitu Vento, Jetta dan Passat.

Kali ini, video pandu uji Mekanika Malaysia menampilkan subjek yang cukup menarik iaitu Peugeot 208 GTi.

Kenapa ia begitu istimewa? Antara sebab utamanya ialah pada masa sekarang, pilihan untuk anda mendapatkan sebuah kereta kecil berprestasi tinggi, dua pintu, seronok dipandu dan hadir dengan transmisi manual sudah hampir pupus.

Dengar kata, Nasim mempunyai kurang lima unit Peugeot 208 GTi yang tinggal. Lebih menarik lagi, jentera itu ditawarkan pada harga yang sangat kompetitif iaitu RM116,888 seunit.

Harus tahu bahawa harganya sebelum ini mencecah RM131,500 seunit. Terima kasih kepada kadar sifar GST dan promosi yang sedang dijalankan oleh pihak Nasim.

Ringkas tentang Peugeot 208 GTi. Jentera itu menggunakan khidmat enjin 1.6 liter THP yang mampu menjana kuasa 208hp dan 300Nm tork. Kuasa tersebut kemudian dipindahkan ke roda hadapan menerusi kotak gear manual enam kelajuan.

Peugeot 208 GTi dibezakan dengan model 208 Puretech menerusi pelbagai ciri naik taraf. Paling ketara ialah model ini hanya mempunyai dua pintu, sistem suspensi khas, spoiler belakang Sports GTi, rim dua tona bersaiz 17 inci, enam beg udara dan banyak lagi.

Bagi membuatkan video ini lebih best, Abang Japar bawa Peugeot 208 GTi menjalani ujian dyno. Tak cukup? Bawa juga model kompak ini lumba drag dengan Honda Civic Type-R FD2R.

Cakap banyak tak guna. Korang tengok je la video ni. Jangan lupa share dan subscribe sekali.

Share this post

scroll to top