Pandu Uji

VW JETTA CKD – RM130,888

Persaingan sedan segmen C kini bertambah sengit apabila Volkswagen Group Malaysia (VGM) memperkenalkan model Volkswagen Jetta di Damansara Performing Art Centre (DPAC) baru-baru ini. 

VW-Jetta-CKD-RM103,888-mekanika (9)

Menjadi model pemasangan tempatan (CKD) yang keempat buat VGM, Jetta nyata semakin menarik apabila ia ditawarkan pada harga jauh lebih murah berbanding model import sepenuhnya (CBU) iaitu RM130,888 seunit.

Sejak diperkenalkan pada tahun 2011, Jetta telah menjadi salah satu model Volkswagen paling popular dan merupakan antara sedan bersaiz sederhana terbaik yang ada di pasaran Malaysia.

VW-Jetta-CKD-RM103,888-mekanika (7)

“Jetta menawarkan pemanduan penuh inspirasi yang menggabungkan elemen sporty, elegan dan keselamatan, tanpa berkompromi dengan komitmen Volkswagen  terhadap aspek kelestarian menerusi kadar penggunaan bahan api yang efisien.

“Pemasangan tempatan model Jetta merupakan indikasi terkini mengenai komitmen kami untuk menawarkan pilihan kenderaan  lebih mampu milik kepada rakyat Malaysia yang mahukan kualiti dan jaminan yang ada pada sebuah  kenderaan dengan kejuruteraan Jerman,” kata Pengarah Urusan VGM, Christoph Aringer.

VW-Jetta-CKD-RM103,888-mekanika (19)

Mengulas lebih lanjut mengenai kepentingan pemasangan tempatan model Jetta kepada Volkswagen Group Malaysia, Aringer memberitahu, Jetta yang diimport sepenuhnya dan diperkenalkan pada tahun 2011 merupakan penyumbang signifikan kepada kejayaan Volkswagen di Malaysia hingga ke hari ini.

VGM mensasarkan untuk menjual 3,300 unit Jetta pada tahun ini. Sekali gus menjadi antara penyumbang utama terhadap sasaran jualan keseluruhan sebanyak 20,000 unit kenderaan pada tahun 2014.

Volkswagen Jetta

Jetta merupakan insterpretasi moden Volkswagen ke atas reka bentuk sporty pada sebuah gaya klasik. Sejak diperkenalkan pada tahun 1979, Jetta popular dengan karekternya yang tersendiri. Gayanya yang unik digabungkan bersama reka bentuk sebenar  dan ciri-ciri inovatif yang memiliki potensi untuk menarik kelompok pelanggan yang mahukan gaya serta elemen sporty dalam mobiliti mereka.

VW-Jetta-CKD-RM103,888-mekanika (10)

Bercakap sewaktu taklimat media, Pengarah Reka Bentuk Volkswagen China, Simon Loasby berkongsi prinsip rekaan yang diadaptasi oleh pasukan reka bentuk Volkswagen.

VW-Jetta-CKD-RM103,888-mekanika (12)

“Jetta memiliki rekaan dengan keseimbangan sempurna di antara elemen sporty dan elegan. Ia kemudian disokong oleh bahasa rekaan dalaman serta luaran yang unik, difikirkan secara mendalam dan konsisten. Ketika reka bentuknya yang bergaya dan tersendiri itu menarik perhatian serta tidak terlalu menonjol, Jetta turut menjanjikan pemanduan yang menyeronokkan. Pada masa sama memberi jaminan dari segi keselamatan dan mesra alam sekitar,” kata Loasby.

SONY DSC

Sama seperti model CBU, Jetta versi CKD turut menggunakan khidmat enjin petrol pancitan terus bahan api bersama sistem pengecas berkembar TSI bersesaran 1.4 liter. Berupaya menjana kuasa sehingga 160PS dan tork 240Nm di antara  1,500 hingga 4,500rpm ia dipadankan dengan kotak gear automatik berkembar DSG tujuh kelajuan.

Menjadi satu-satunya kereta dalam segmennya yang dilengkapi kotak gear tujuh kelajuan, sedan ini mampu memecut dari 0 hingga 100km/j dalam tempoh 8.3 saat. Ia juga mampu mencapai kelajuan maksimum 221km/j. Di sebalik prestasi ini, Jetta masih dapat menawarkan gabungan penggunaan bahan api sekitar 6.0l/100 km (16.7 km bagi setiap liter) dengan standard emisi  Euro 5.

SONY DSC

Berbeza dengan bahagian luaran yang tidak menerima sebarang perubahan, penambahbaikan Jetta lebih tertumpu kepada bahagian dalaman. Sedan itu kini dilengkapi sistem audio RCD320 (sama seperti model Polo 1.6 dan Polo Sedan).

Sistem tersebut menawarkan pelbagai opsyen ketersambungan seperti Bluetooth, slot kad SD, USB dengan antara muka iPod dan AUX-In. Paparan multi fungsi itu juga hadir bersama sokongan pelbagai bahasa. Sistem audio itu kemudian disokong dengan enam unit pembesar suara berkualiti tinggi. 

VW-Jetta-CKD-RM103,888-mekanika (17)

Cuma apa yang tidak termasuk dalam senarai ialah paddle shifter. Saya rasa itu bukan satu masalah besar kerana bukan semua pemandu menggunakan ciri tersebut. Maka ketiadaannya tidaklah terlalu dirasai.

Ciri-ciri keselamatan juga tidak berubah. Jetta tetap dilengkapi enam beg udara Electronic Stability Control (ESC) dengan Anti-lock Braking System (ABS) dan Brake Assist (BA), serta kawalan ketika mendaki bukit, alat pengesan hujan serta ISOFIX.  

VW-Jetta-CKD-RM103,888-mekanika (1)

Jetta boleh didapati dalam empat pilihan warna iaitu putih, kelabu, perak dan hitam. Jentera itu sudah boleh ditempah di semua pengedar Volkswagen di Semenanjung Malaysia bermula 2 Mei depan.

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button