Peranti

ACER LANCAR KOMPUTER RIBA EDISI KHAS MARVEL’S AVENGERS: INFINITY WAR KE PASARAN MALAYSIA

Acer hari ini melancarkan tiga komputer riba edisi khas Marvel’s Avengers: Infinity War baharu, hasil kerjasama dengan Marvel.

Komputer riba itu termasuklah Aspire 6 – Marvel’s Avengers: Infinity War Captain America Edition, Nitro 5 – Marvel’s Avengers: Infinity War Thanos Edition dan Swift 3 – Marvel’s Avengers: Infinity War Iron Man Edition.

Harus tahu bahawa peranti tersebut hanya ditawarkan di lapan buah negara di rantau Asia Pasifik.  Malaysia merupakan salah sebuah negara yang mendapat hak untuk memasarkannya.

Negara-negara lain termasuklah Indonesia, Filipina, Thailand, Taiwan, Hong Kong, Singapura dan India.

Acer Aspire 6 – Marvel’s Avengers: Infinity War Captain America Edition

Di sebalik penutup aluminium premium yang menampilkan pentagram ikonik Captain America, Aspire 6 – Marvel’s Avengers: Infinity War Captain America Edition dikuasakan oleh pemproses Intel® Core i5-8250U Gen ke-8 dan grafik NVIDIA® GeForce® MX150.

Aspire 6 edisi khas ini hadir bersama memori DDR4 4 GB (pengguna boleh menaik taraf kepada 16GB), storan SATA 1 TB HDD dan kamera HD dengan HDR. Sementara Dolby® Audio™ Premium menawarkan pengalaman hiburan yang mengagumkan. Rangkaian ketersambungan yang pantas pula disediakan oleh teknologi tanpa wayar 2×2 MIMO 802.11ac dan Gigabit Ethernet.

Prestasi multimedia yang telah dipertingkat membuatkan Aspire 6 edisi khas ini lebih menyerlah berbanding komputer riba yang lain. Paparan Full HD bersaiz 15.6 inci dengan teknologi IPS[i] menawarkan warna konsisten dan pandangan dari sudut yang luas.

Acer TrueHarmony pula memberikan kualiti audio yang lebih hidup, manakala dua mikrofon digital dengan Acer Purified.Voice memastikan pengalaman menggunakan Cortana dengan Voice yang hebat.

Sebagai peranti persisian tambahan, terdapat satu port USB 3.1 Type-C Gen 1, satu port USB 3.0 yang menyokong pengecasan power-off dan dua port USB 2.0.   

Aspire 6 – Marvel’s Avengers: Infinity War Captain America Edition ditawarkan pada harga RM3,299 seunit.

Acer Nitro 5 – Marvel’s Avengers: Infinity War Thanos Edition

Nitro 5 – Marvel’s Avengers: Infinity War Thanos Edition baharu merupakan sebahagian daripada rangkaian produk permainan vídeo kasual Nitro Acer.

Penutup bahagian atas komputer riba itu menampilkan potret Thanos yang didekorasikan dengan teknologi IMR (In-Mold Roller). Ia menyempurnakan lagi garis-garis chasis berwarna hitam matte dan kemasan berus yang halus.

Nitro 5 edisi terhad ini dikuasakan oleh grafik NVIDIA® GeForce® GTX 1050 dengan GDDR5 VRAM, 4GB, pemproses Intel® Core i5-7300HQ Generasi ke-7 dan memori DDR4 8 GB (pengguna boleh menaik taraf kepada 16GB).

Ideal untuk mempercepatkan tempoh boot-up dan memendekkan masa pemuatan ketika bermain, Nitro 5 edisi khas dilengkapi 128 GB SSD super pantas yang dipadankan dengan storan 1 TB HDD.

Satu port Gigabit Ethernet menawarkan sambungan berwayar yang pantas dan boleh dipercayai. Manakala teknologi tanpa wayar 802.11ac 2×2 MU-MIMO menawarkan ketersambungan tanpa wayar yang cukup laju.

Pilihan port yang komprehensif termasuklah satu port USB 3.1 Type-C (Gen 1), satu port USB 3.0 dengan pengecasan power-off, dua port USB 2.0 dan satu port HDMI 2.01 yang boleh menyokong kadar segar semula sehingga 90 Hz.

Nitro 5 – Marvel’s Avengers: Infinity War Thanos Edition memiliki paparan Full HD (1920 x 1080) IPS[ii] bersaiz 15.6 inci. Sementara teknologi Dolby Audio™ Premium dan Acer TrueHarmony™ menawarkan kedalaman bunyi yang luar biasa.

Semua teknologi ini bekerjasama untuk menawarkan pengalaman yang cukup mengasyikkan ketika menonton filem atau bermain permainan video.

Sistem permainan video pasti tidak lengkap tanpa penyelesaian suhu untuk menguruskan masalah haba dan memastikan sistem dapat beroperasi secara optimum.

Nitro 5 tampil dengan dua kipas bersama teknologi Acer Coolboostyang meningkatkan kelajuan kipas dan keupayaan penyejukan. Ia juga membolehkan pengguna mengawal proses penyejukan secara manual apabila diperlukan.

Nitro 5 – Marvel’s Avengers: Infinity War Thanos Edition ditawarkan pada harga RM4,299 seunit. 

Acer Swift 3 – Marvel’s Avengers: Infinity War Iron Man Edition

Dengan ukuran 17.95 mm dan berat 1.6 kg, reka bentuk Swift 3 – Marvel’s Avengers: Infinity War Iron Man Edition yang ringan dan nipis ini hadir bersama penutup bahagian atas yang dihiasi nyalaan Arc Reactor Iron Man.

Komputer riba ini dikuasakan oleh pemproses Intel® Core i5-8250U Generasi ke-8, Intel® UHD Graphics 620 dan menawarkan jangka hayat bateri sehingga 10 jam untuk membolehkan pengguna menggunakannya sepanjang hari bagi tujuan kerja dan sebagainya.

Selain daripada ketahanan bateri, Swift 3 juga mempunyai pelbagai ciri terbaik untuk mencapai produktiviti maksimum. Ini termasuklah paparan anti-silau Full HD IPS bersaiz 14 inci, 256 GB SSD yang pantas, memori 8 GB serta teknologi tanpa wayar 802.11ac 2×2 MU-MIMO untuk sambungan internet yang laju dan stabil. 

Ia dilengkapi satu port USB 3.1 Type-C dan satu kamera web (webcam) HD dengan ciri Super High Dynamic Range. Akhir sekali, papan kekunci dengan pencahayaan membuatkan urusan menaip dalam persekitaran yang malap lebih mudah. Precision Touchpad yang besar pula memberi ruang selesa untuk tujuan navigasi, membuat tatalan dan zoom. 

Swift 3 – Marvel’s Avengers: Infinity War Iron Man Edition ditawarkan pada harga RM4,399 seunit.

Ketiga-tiga komputer riba edisi khas ini boleh dibeli mulai sekarang menerusi para penjual terpilih Acer di seluruh negara.

Acer juga akan menghadiahkan Avengers 16GB USB Flash Drive (layak untuk satu karekter sahaja) dan satu beg sandang premium Acer bernilai RM399 dengan setiap pembelian komputer riba siri Acer Avengers bermula pada 17 April hingga 30 Jun 2018 yang dibeli daripada para penjual terpilih Acer di seluruh negara.

Sempena kolaborasi dengan Marvel, Acer Malaysia turut mempamerkan komputer riba edisi khas Acer Avengers: Infinity War sepanjang siri jelajah selama empat hari di Sunway Pyramid pada 26-29 April 2018.

Pelbagai aktiviti yang menarik dan menyeronokkan seperti cabaran 1vs1 untuk permainan video Dota, PUBG dan FIFA, pondok foto bertemakan Avengers dan sesi Q&A di pentas menanti para pengunjung.

Pemenang cabaran 1vs1 akan membawa pulang hadiah misteri daripada Acer. Pelanggan yang membeli peranti terpilih Acer daripada siri Acer Aspire, Acer Swift, Acer Spin atau Predator bakal menerima hadiah tambahan seperti Kerusi Permainan Video TT eSports Predator bernilai RM1,399, sebuah monitor KG271 bernilai RM899, tetikus Predator, 1TB Ext HDD, baucar membeli belah bernilai RM100 atau RM50.

Google ads
Back to top button