Peranti

ACER ICONIA W4

Tablet Acer Iconia W4 baharu yang ditunggu-tunggu akhirnya tiba di pasaran Malaysia. Generasi kedua Iconia siri W bersaiz lapan inci itu melakukan debut bulan lalu dan dikatakan mempunyai prestasi paparan yang lebih jelas dan pantas.  

Acer-Iconia-W4-tablet-front-and-back

Peranti itu hadir dengan skrin beresolusi 1,280 x 800 piksel dengan IPS (In-Plane Switching) dan teknologi jurang udara sifar. Gabungan teknologi tersebut menawarkan paparan lebih jelas dan tajam dengan sudut menonton yang luas sehingga 170 darjah.

Iconia W4 dikuasakan oleh pemproses Intel® Bay Trail 1.8 GHz terkini untuk prestasi optimum ketika menggunakan aplikasi, melayari internet dan memainkan media digital. Penukaran daripada satu aplikasi ke aplikasi lain juga dapat dilakukan dengan lancar tanpa sebarang gangguan.

iconia 1

Sama seperti generasi sebelumnya, ia didatangkan bersama Microsoft Office Home & Student 2013 tanpa caj tambahan.

Dlihat dari segi fizikalnya, Iconia W4 hanya seberat 415 gram dan senipis 5.3mm, sekali gus membuatkan ia mudah dibawa ke mana-mana sahaja. Ia juga dipasang dengan kamera hadapan dua mega piksel dan webcam belakang berkapasiti lima mega piksel yang menyokong resolusi 2,592 x 1,944 serta membolehkan rakaman video FHD dibuat.

Acer Iconia W4 tablet side

Iconia W4 menawarkan jangka hayat bateri sehingga 10 jam untuk melayari internet. Jadi tidak perlu bimbang untuk mencari tempat mengecas atau mengeluh jika terlupa bawa powerbank anda.

Ketersambungan lain yang boleh didapati pada Iconia W4 termasuklah satu pembaca kad SD untuk storan tambahan, port mikro USB 2.0 untuk perkongsian data serta port mikro HDMI™ bersama sokongan HDCP.

New-Acer-Iconia-W4-820-Windows-8-1-Tablet-in-The-Making

Para pengguna boleh terus berhubung menerusi mana-mana rangkaian Wi-Fi dengan teknologi tanpa wayar 802.11b/g/n.

Iconia W4-820 ditawarkan pada harga RM1,099 seunit. Peranti itu kini boleh didapati di peruncit sah Acer di seluruh negara atau di acara PIKOM PC Fair yang sedang berlangsung sekarang hingga Ahad di KLCC.

iconia 5

Maklumat lanjut, sila layari laman web: www.acer.com.my atau hubungi Acer Product Infoline di talian: 1800-88-1288 (9am – 6pm, Isnin hingga Jumaat).

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button