Peranti

ACER PREDATOR KINI DI PASARAN!

Acer semalam memperkenalkan lapan model baharu dalam siri permainan video ke pasaran Malaysia.

Acer-Predator-Gaming-Series-mekanika (5)

“Dengan penambahan baharu ini ke dalam portfolio produk di Malaysia, kami harap siri permainan video Predator ini mampu menawarkan pengalaman bermain permainan video yang luar biasa kepada pemain video tegar yang kami panggil sebagai Predator Tribe,” kata Pengarah Urusan Acer Sales & Services Sdn. Bhd., Ricky Tan.

Acer-Predator-Gaming-Series-mekanika (7)

Acer Predator 15 dan 17

Komputer riba Acer Predator 15 dan 17 tampil dengan rekaan kemasan berwarna merah serta kerangka berwarna hitam bersama garis-garis geometri serta tekstur yang lembut.

Acer-Predator-Gaming-Series-mekanika (11)

Komputer riba berprestasi tinggi ini dikuasakan oleh pemproses Intel® Core™ terkini. Ia digabungkan bersama grafik NVIDIA® GeForce® berkelajuan tinggi, memori DDR4 pantas, sistem penyejukan canggih dan kemampuan audio premium.

Predator 15 dan 17 turut menyokong ciri Predator FrostCore yang memastikan komputer riba ini beroperasi pada suhu lebih rendah untuk pengalaman bermain video yang lancar.

Acer-Predator-Gaming-Series-mekanika (2)

Satu lagi ciri penting yang ada pada komputer riba Predator 15 dan 17 ialah panel kawalan permainan video PredatorSense. Panel itu membolehkan ciri dan kawalan permainan video diubah suai. Ia merangkumi kunci-kunci makro yang boleh diprogramkan dan kawalan lampu yang boleh diubah suai.

Sementara lampu papan kekunci Predator ProZone menawarkan empat zon pencahayaan yang boleh diubah dan profil-profil makro boleh diprogramkan untuk dikongsi dengan pemain-pemain lain.

IMG_0115

Permainan video memerlukan sambungan yang lancar dan pantas sebagaimana yang ditawarkan oleh Killer DoubleShot™. Ia membolehkan rangkaian tanpa wayar dan Ethernet bekerjasama untuk mencapai kelajuan paling tinggi.

Predator SoundPound pula menawarkan kombinasi ciri-ciri audio yang mantap, merangkumi sehingga empat unit pembesar suara binaan dalam, dua buah subwoofer dan sistem bunyi keliling Dolby Audio™. Semua ini menjanjikan kualiti audio yang jelas dan bunyi bass yang mantap.

Komputer riba Acer Predator 15 ditawarkan pada harga bermula RM6,999. Manakala Predator 17 berharga mulai RM7,999 seunit.

Acer-Predator-Gaming-Series-mekanika (17)

Predator 8

Diumumkan sebagai salah satu daripada tiga penerima Anugerah Inovasi CES 2016, Acer Predator 8 ialah tablet permainan video yang hadir bersama kemasan brushed aluminium.

Ia dikuasakan oleh pemproses Intel® Atom™ yang turut menyokong Predator Quadio, iaitu empat unit pembesar suara menghadap ke hadapan yang menawarkan kualiti bunyi keliling. Teknologi Predator ColorBlast memberikan warna berkualiti tinggi daripada monitor profesional kepada tablet ini dan menyokong 100% gamut warna NTSC.

Acer-Predator-Gaming-Series-mekanika (16)

Tablet ini dilengkapi ciri Predator TacSense yang menambah baik permainan video dengan maklum balas sentuhan yang mantap. Acer Predator 8 juga menampilkan Predator Media Master, satu aplikasi unik Acer yang membolehkan talaan video serta audio diubah untuk kegunaan standard, album, filem dan permainan video.

Acer Predator 8 ditawarkan pada harga RM1,499 seunit.

Acer-Predator-Gaming-Series-mekanika (8)

Komputer Meja Acer Predator G6

Komputer meja penuh kuasa ini hadir bersama reka bentuk kerangka yang dibalut seperti perisai.

Ia dikuasakan oleh pemproses Intel® Core™ terkini, grafik NVIDIA® GeForce® berprestasi tinggi dan Acer IceTunnel, satu sistem terma yang mengoptimumkan aliran udara dengan mengeluarkan haba panas dari bahagian dalam komputer secara efisien.

Acer-Predator-Gaming-Series-mekanika (9)

Predator G6 menampilkan “One-Punch Overclocking” yang mampu menawarkan potensi penuh dengan hanya menekan satu butang! Ciri SoundBlaster X-Fi MB5 membolehkan kawalan sepenuhnya audio Predator G6 dibuat. Ia disokong oleh Scout Mode yang meningkatkan bunyi tapak kaki dan dialog daripada pihak musuh di dalam permainan video terbabit.

EAX 5.0 pula menawarkan kesan bunyi yang boleh disesuaikan dengan persekitaran berbeza. Manakala Voice FX menghasilkan bunyi apabila pemain bercakap dengan rakan sepasukan atau musuh di dalam permainan video berkenaan.

Acer Predator G6 berharga RM8,999 seunit.

Acer-Predator-Gaming-Series-mekanika (18)

Monitor Acer Predator Z35, Predator X34

Rangkaian monitor permainan video Acer Predator yang mendahului industri didatangkan dalam saiz 27 hingga 35 inci.

Monitor permainan video Acer Predator baharu ini menampilkan teknologi GameView yang membolehkan tiga profil paparan yang diubah suai ditukar secara serta-merta. Di samping mengubah talaan seperti Dark Boost, Overclock dan bantuan penetapan sasaran untuk disesuaikan dengan rangkaian pemain yang luas.

Acer-Predator-Gaming-Series-mekanika (13)

Acer Predator Z35 ialah sebuah monitor pemainan video melengkung 21:9 UltraWide Full HD (2560×1080) bersama kelengkungan 2000R dan NVIDIA® G-Sync™ yang menawarkan pengalaman bermain  permainan video yang mengasyikkan. Ia menyokong ciri overclocking untuk menawarkan mode kadar refresh yang sangat laju sehingga 200Hz.

Sebagai monitor melengkung yang pertama di dunia dengan NVIDIA® G-SYNC™, Acer Predator X34 memiliki saiz 34 inci 34-inch IPS 21:9 ultra-wide QHD yang berupaya menghilangkan masalah koyakan imej, meminimumkan paparan yang terputus-putus dan input lag.

Acer-Predator-Gaming-Series-mekanika (1)

Predator X34 menyokong overclocking sehingga 100Hz untuk memberikan pergerakan gambar yang sangat tajam. Maka tidak hairanlah jika ia merupakan  pemenang Anugerah Computex d&I!

Harga monitor Predator X34 ialah RM4,599. Manakala Predator Z35 berharga RM3,999 seunit.

Google ads
Back to top button