Peranti

AKSESORI SAMSUNG GALAXY S4

Tidak dapat dinafikan bahawa aksesori untuk sesuatu peranti amat penting. Aksesori dilihat sebagai pelengkap kepada peranti dan mampu menjadikannya lebih personal.Β 

Sempena pelancaran telefon pintar popularnya iaitu Galaxy S4, Samsung Malaysia Electronics turut memperkenalkan barisan aksesori tulennya kepada pengguna. Saya yakin pasti ada di antara aksesori ini yang menarik perhatian anda.

S View Flip Cover

Β S View Flip Cover

  • Pengguna boleh melihat status bateri, senarai lagu yang dimainkan dan pemangggil apabila menggunakan S View Flip Cover ini. Jadi, anda boleh menjawab atau menolak pangilan tanpa perlu mengalihkan penutup skrin telefon.
  • Apabila penutupnya dibuka, GALAXY S4 akan mengaktifkan fungsi Auto Wake-up secara automatik. Maka, pengguna tidak perlu lagi menghidupkan skrin secara manual.Β 
  • S View Flip Cover boleh didapati dalam dua pilihan warna iaitu putih (Polaris white) dan hitam (Nova black).Β Β 
  • Harga cadangan: RM159

Flip Cover

Flip Cover

  • Flip Cover yang unik ini hadir bersama port penerima pada bahagian hadapannya. Ini membolehkan pengguna untuk membuat atau menerima panggilan dengan mudah tanpa perlu membuka penutupnya. Β Β 
  • Dibina untuk GALAXY S4, Flip Cover didatangkan dalam pelbagai warna menarik seperti merah jambu, kuning, oren, hijau-kuning, biru muda, hitam dan putih demi memenuhi gaya serta personaliti anda.Β 
  • Harga cadangan: RM99

Protective Cover +

Protective Cover+

  • Protective Cover+ memberikan pengguna GALAXY S4 dengan cengkaman lebih baik. Bagi melindungi telefon sekiranya terjatuh, penutup ini diperbuat daripada polikarbonat dan getah tahan lama.
  • Β Protective Cover+ boleh didapati dalam warna merah jambu, hijau, biru Capri, biru Navi dan putih.
  • Harga cadangan: RM69

Extra Battery Kit

Kit Bateri EkstraΒ 

  • Anda kini boleh menonton filem dan mendengar muzik dalam tempoh lebih lama dengan Kit Bateri Ekstra.
  • Kit ini terdiri daripada bekas yang cantik dan mudah dibawa ke mana-mana. Ia menyimpan bateri tambahan dan mempunyai dok pengecas berasingan untuk memudahkan pengguna untuk mengecas bateri.
  • Harga cadangan: RM189

Vehicle Dock Kit

Vehicle Dock KitΒ 

  • Vehicle Dock Kit didatangkan dengan pemegang boleh laras yang mampu memuatkan telefon yang menggunakan pelindung keras atau silikon.
  • Tidak perlu bimbang dengan cengkamannya apabila menggunakannya di dalam kenderaan.
  • Boleh didapati dalam warna hitam, aksesori ini diperbuat daripada polikarbonat dan sesuai untuk peranti bersaiz 4.0 hingga 6.3 inci.
  • Harga cadangan: RM169

Multimedia Dock

Dok Multimedia Β 

  • Dok multimedia ini membuatkan proses mengecas telefon pantar lebih mudah melalui dok 11pin Micro USB dan kemampuannya untuk sync dokumen menggunakan PC Sync.
  • Ia juga mempunyai saluran keluar HDMI video audio line-out bagi membolehkan pengguna menikmati fail multimedianya.
  • Maklumat tambahan:Β  Β Kuasa: 11pin Micro USB, HDMI A, USB A 3-ports,Β 3.5mm Audio out port
  • Harga cadangan: RM279

Battery Pack

Pek BateriΒ 

  • Pek bateri ini dilengkapi kapasiti pengecasan mencecah 9,000mAh. Ia juga mempunyai dua lampu LED yang berfungsi sebagai indikator jangka hayat bateri.
  • Maklumat tambahan:Β Input: 5V 500mAh (USB) / 5V 1A(TA),Β Output: 5V 1A,Β Slide switch
  • Harga cadangan: RM279

Bluetooth Mono Headset

Bluetooth Mono HeadsetΒ 

  • Bluetooth Mono Headset mempunyai reka bentuk yang cukup nipis serta hadir bersama sistem Easy Pairing untuk NFC.
  • Peranti ini juga didatangkan dengan satu bekas pengecasan boleh alih bagi memastikannya mempunyai bateri sepanjang masa.
  • Ia mempunyai perkhidmatan suara HD untuk kualiti perbualan lebih jelas. Anda juga boleh mendengar muzik dalam bentuk HD.
  • Maklumat tambahan:Β Material: Polikarbonat,Β Dimensi: 62.5 (P) x 13.4 (L) x 6(T),Β Berat: 7.3g (headset),Β B/T version 3.0,Β Profail: HFP, HSP, A2DP,Β Multi-point/Active Pairing,Β Battery Level Check, Waktu bercakap/Bermain/Sedia: 4/4/160 jam,Β 2 Mic NREC,Β Port mengecas: Micro USB
  • Harga cadangan: RM299

USB Connector

USB ConnectorΒ Β 

  • Sambungan USB menawarkan akses mudah kepada storan kandungan, pencetakan mobil dan sambungan kamera.Β 
  • Input USB ini sesuai untuk GALAXY Note, GALAXY S II, GALAXY SIII, GALAXY Note II dan the GALAXY S4.
  • Maklumat tambahan:Β Antara muka:Β  MicroUSB, USB A type
  • Harga cadangan: RM49

AllShare Cast Dongle

AllShare Cast Dongle

  • Nikmati perkongsian kandungan multimedia dengan pantas dan mudah dengan AllShare Cast Dongle.
  • Peranti ini menawarkan ketersambungan segera dengan mana-mana paparan HDTV atau HDMI untuk paparan video dan penstriman imej tanpa wayar yang pantas.
  • Maklumat tambahan:Wi-Fi 802.11 b, g, n;Β Full HD (1080p resolution),Β Input : Wi-Fi Display Solution,Β Output : HDMI A type,Β Kuasa: Micro USB,Β –Β Β Β Β  Indikator: Power LED
  • Harga cadangan: RM319

 

Β 

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button