Peranti

BENQ F5 & BENQ T3

BenQ, penyedia inovasi gaya hidup digital serta pakar monitor LED terkemuka di dunia secara rasminya melancarkan telefon pintar BenQ F5 dan BenQ T3 semalam.

SONY DSC

Pengenalan telefon pintar tersebut menandakan penyertaan BenQ ke dalam industri telefon bimbit di Malaysia buat pertama kalinya.

Telefon pintar BenQ F5 dan BenQ T3 menawarkan tiga ciri tersendiri iaitu 4G LTE, kamera 4x Ultra Sensitivity Mode dan Low Blue Light Technology.  Telefon-telefon pintar ini direka untuk memperkayakan pengalaman pengguna dan menawarkan inovasi yang relevan kepada para pengguna.

BenQ-F5-mekanika (1)

“Penguasaan pasaran kami kini kian berkembang, menerusi pengenalan telefon pintar F5 dan T3, masa depan dilihat lebih memberangsangkan. Teknologi BenQ yang berorientasikan kepada manusia seperti 4x Ultra Sensitivity Mode serta Low Blue Light Technology merupakan ciri-ciri yang saling berkait rapat dan dibangun berdasarkan kepada pemintaan pengguna.

“Kami yakin bahawa BenQ F5 dan T3 akan diterima baik oleh rakyat Malaysia. BenQ mensasarkan untuk menguasai 10 hingga 15 peratus pasaran telefon pintar 4G LTE di Malaysia,” kata Naib Presiden dan Pengurus Besar Kumpulan Produk Mobile BenQ Corporation,  Adrian Chang.

BenQ-F5-mekanika (4)

Dikuasakan oleh chip utama 4G LTE berkelajuan tinggi (Cat.4), para pengguna boleh menikmati muat turun yang laju sehingga 150Mbps. Ciri 4x Ultra Sensitivity Mode yang ada pada F5 dan T3 pula ialah satu teknologi inovatif dibangunkan oleh BenQ.

Ia dapat meningkatkan kualiti gambar dalam pelbagai setting cahaya dan berupaya berfungsi dengan sempurna, walaupun di lokasi yang gelap atau suram. F5 dan T3 masing-masing dilengkapi dengan kamera belakang 13 dan 8 mega piksel.

BenQ-T3-mekanika (2)

Komitmen untuk menawarkan para pengguna dengan kualiti gambar yang mengagumkan turut disokong oleh BSI (Backside Illumination). Ciri ini membolehkan rakaman cahaya sebanyak empat kali ganda dibuat oleh setiap piksel bagi menghasilkan gambar yang lebih jelas.

Bukan itu sahaja, Mode Pengesan Senyuman (Smile Detection Mode) akan menghasilkan gambar yang jelas, terutama jika tangan anda sering bergetar ketika mengambil gambar selfie. Proses merakam gambar disempurnakan dengan ciri Voice Control Shutter pada BenQ F5 yang mampu mengambil gambar secara automatik menerusi arahan suara.

BenQ-F5-mekanika (3)

Perhatian terhadap setiap perincian terbukti menerusi ciri HFR (High Frame Rate) yang membolehkan pengguna merakam video dengan pantas. Ini bermakna, dengan fleksbiliti untuk merakam serta menyimpan video dan gambar, anda tidak akan terlepas momen-momen terbaik.

Penggunaan peranti elektronik seperti komputer riba, tablet dan telefon pintar secara berlebihan telah meningkatkan pendedahan pengguna terhadap kesan lampu biru. Lampu biru ini boleh menjejaskan mata kita dan mungkin boleh menyebabkan perubahan degeneratif dalam makula retina mata akibat peningkatan usia serta membawa kepada masalah buta.

SONY DSC

BenQ menyedari masalah ini dan telah memasukkan satu ciri untuk mengurangkan pendedahan cahaya biru ke dalam F5 dan T3 dengan teknologi yang diambil daripada monitor BenQ LCD.

Dengan teknologi lampu biru yang rendah, para pengguna boleh mengubah suai tahap keterangan cahaya dan sesuai untuk mata bergantung kepada tiga senario biasa;  multimedia (-30%), melayari internet (-50%) dan membaca (-70%).

SONY DSC

Kemasukan BenQ ke dalam pasaran tempatan turut disokong oleh kerjasama strategik dengan pihak ECS ICT Berhad (ECS). Anak syarikatnya,  ECS ASTAR Sdn. Bhd. telah dilantik sebagai pengedar elefon pintar BenQ di Malaysia.

“Kami cukup teruja kerana menjadi sebahagian daripada penyertaan BenQ ke dalam perniagaan telefon bimbit di Malaysia. Dengan rangkaian pengedaran di seluruh negara dan disokong oleh janji jenama BenQ, kami yakin bahawa F5 dan T3  akan mencatat kejayaan besar di Malaysia,” kata Pengarah Urusan ECS ICT Berhad, Foo Sen Chin.

SONY DSC

F5 dan T3 yang dikuasakan oleh Android Kitkat (4.4.2) boleh didapati mulai 23 September 2014. Ia  ditawarkan pada harga RM799.00 dan RM599.00 seunit.

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button